11 Disember 2009 (Jumaat) - Intellectual Orator Consultant (IOC) sekali lagi telah dipelawa untuk menyampaikan ceramah bagi tujuan pemantapan tenaga kerja organisasi. Kali ini IOC telah dipelawa oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA (BPPM) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. IOC tiba tepat jam 9.00 pagi di BPPM dengan disambut oleh Saudara Fadzli dan Saudara Khaizan yang merupakan pegawai di BPPM.
.
Sebaik sahaja tiba IOC yang diwakili oleh Saudara Syamsul, Kamarul dan Yusof telah dipelawa untuk bersarapan pagi sambil berbincang mengenai isikandungan ceramah yang bakal disampaikan kepada tenaga kerja BPPM. Saudara Syamsul menerima baik setiap saranan dan cadangan daripada pihak BPPM untuk diketengahkan dalam ceramah yang bakal beliau sampaikan
. Saudara Syamsul berbincang dengan Saudara Fadzli (BPPM) ketika bersarapan
Dari kiri; Saudara Khaizan (BPPM), Kamarul dan Yusof
Saudara Fadzli memberikan penjelasan panjang lebar tentang latarbelakang BPPM.Tema ceramah program Hari Q ini adalah "Warga Berdaya, Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA Berjaya".
.
Di dalam sesi ceramah Saudara Syamsul Amri bin Haji Ismail, antara lain telah memberi tip untuk menjadi "pekerja berdaya" adalah melalui 6 S iaitu :
.
1. Semua dan segala adalah pinjaman
2. Sedar dari mana kita datang
3. Sayangi diri dan organisasi
4. Sesat/serabut, banyakkan bertanya
5. Sombong jangan jadikan kebiasaan Sabar dan sentiasa tekan butang ‘pause’
6. Menurut beliau juga, kita perlulah sentiasa menjadi manusia yang berSyukur atas segala masalah yang mendatangkan keluhan, kerana setiap keluhan itu ada jawapan yang perlu kita syukuri.
.
Beliau juga berkongsi tip sebagai panduan kepada kumpulan pekerja agar tidak memberikan arahan kepada orang bawahan dengan arahan yang bermaksud negatif kerana secara psikologi, arahan negatif akan membawa keputusan yang negatif. Ini bermakna, setiap arahan perlulah dalam nada positif agar motivasi terdidik dalam mood yang positif.
.
Saudara Syamsul Amri juga berpesan dalam ceramahnya kepada penjawat awam yang bergelar Pekerja Cemerlang agar tidak sombong dengan gelaran atau kepakaran yang ada kerana ada yang lebih hebat mengatasi kehebatan kita.
.
Beliau turut menggariskan ciri-ciri yang wajib ada pada seseorang pekerja cemerlang iaitu :
.
a) Kerja dianggap sebagai hobi.
b) Datang kerja awal, balik lambat.
c) Sangat mementingkan disiplin.
d) Kualiti kerja yang lebih dari kualiti yang biasa.
e) Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan kerja walau siapa pun mereka.
f) Memberi idea unik yang tidak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
g) Sentiasa berpakaian kemas, air muka yang tenang selalu.
h) Tidak lupa pada Tuhan.
.
Sebaik sahaja selesai ceramah yang disampaikan, seluruh "crew" IOC telah berpeluang untuk turut sama makan tengahari dengan bahagian pengurusan BPPM dengan hidangan yang cukup menyelerakan.
.
Akhir kata daripada EDITOR dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh warga kerja BPPM. Dan semoga organisasi ini akan sentiasa berjaya mencapai matlamat serta objektif yang telah digariskan demi kemajuan BPPM itu sendiri khususnya dan MARA secara amnya
.
Pasukan IOC mulai masuk ke surau MARA bagi meneruskan acara ceramah bersempena Hari Q
Di antara warga BPPM yang telah bersiap sedia untuk mendengar ceramah
Tenaga kerja wanita BPPM yang lebih ramai berbanding lelaki
Saudara Suhardi bertindak selaku pengerusi majlis
Saudara Yusof dan Saudara Kamarul bersama-sama di kelompok peserta untuk mendengar ceramah
Saudara Syamsul memulakan ceramah
Permulaan yang meriah apabila disambut dengan hilai dan gelak ketawa para pendengar
Kakitangan Lelaki BPPM fokus dan khusyuk mendengar
Begitu juga dengan kakitangan wanita
Kakitangan wanita ada yang merakamkan dengan handphone bait-bait isi ceramah yang disampaikan
Saudara Syamsul memulakan dengan tips "6S"
Kakitangan lelaki mula ketawa dengan kisah yang dikongsi bersama mereka
Kakitangan wanita kelihatan tidak dapat menahan ketawa hingga mengeluarkan air mata
Ada yang tersandar kerana penat ketawa
Ada yang tertunduk kerana tidak mampu menahan ketawa jika melihat wajah penceramah
Barisan hadapan yang paling rapat dengan penceramah pun lebih lagi ketawanya
Kisah yang melucukan tetapi penuh dengan pengajaran dan berkaitan dengan tajuk yang disampaikan
Saudara Fadzli juga kelihatan tidak mampu menahan ketawanya lagi
Ceramah seperti ini memang menyeronokkan dan difahamkan bahawa warga BPPM sudah lama tidak ketawa seperti ini
Saudara Syamsul turut berkongsi tips "pengurusan keutamaan masa"
Ia juga turut diselitkan dengan kisah-kisah yang kaya dengan pengajaran
Setelah tamat Saudara Suhardi membuat sedikit rumusan tentang apa yang telah disampaikan
Saudara Suhardi sempat mendeklamasi sebuah sajak untuk renungan semua
Saudara Syamsul menerima cenderahati daripada Timbalan Pengarah BPPM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan