Selasa, 15 Disember 2009

Pandangan Tentang Kursus BTN - Oleh Jawaworld

Saya masih tetap tidak bersetuju yg Biro Tata Negara (BTN) ini meniupkan api perkauman. Bila berlaku polemik-polemik murahan sebegini, Kerajaan yang dipersalahkan dan yg menyedihkan lagi, pemimpin yang bersama-sama membangunkan modul BTN, hari ini seolah-olah menjadi hero, mengutuk modul BTN, kononnya BTN bersifat perkauman. Mungkin sebab, pemimpin ini dah pun kini duduk kat "kerusi bertentangan".
.
Bila Melayu ingin mempertahankan hak melayu, dituduh racist, bila bangsa lain menuntut hak bumiputera sambil membandingkan hak orang melayu yang jelas-jelas termaktub di perlembagaan, itu dibuat atas dasar kebebasan bersuara, demokrasi. Sebab itulah, sampai sekarang saya lebih suka duduk atas pagar, bila sampai waktunya saya akan memilih dan membuat keputusan atas apa yg saya fikir terbaik dan tidak lari dari Syiar Islam.
.
Masalahnya bila ada segelintir kita yg terlalu taksub kepada parti-parti politik ini. Pemimpin-pemimpin mereka dianggap maksum, tak buat salah. Program BTN pun dipolitikkan, takde kerja lain ker, berpolitik jer.... Cuba sama-sama fikir macam mana nak naikkan ekonomi negara. Ini asyik kata kerajaan dulu salah, itu salah, ini salah, come on la bro.
.
Lu sekarang kerajaan, buat kerja. takkan itupun nak gua ajar.... Persoalan yg saya ingin timbulkan........Apabila muncul lagi isu perkauman ini maka mungkin kita patut bertanya lagi, selama mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional memimpin negara, apakah makin kaya atau miskin kaum Cina dan India di negara ini? Apakah kedudukan dan nasib kaum India dan Cina sama seperti kaum kulit hitam semasa dasar apartheid di Afrika Selatan dahulu "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri" Renung-renungkan dan selamat Beramal Bersyukur........
.
.
.
Disediakan oleh : Jawaworld

Tiada ulasan: