Isnin, 7 Disember 2009

USIM Cipta Sejarah, Johan Debat DiRaja Kategori Muda!!

6 Disember 2009, Kuala Lumpur: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah apabila muncul juara Debat DiRaja Kategori Muda buat pertama kalinya di dalam sejarah perjuangan debat USIM semenjak daripada sebelum bergelar Universiti lagi. USIM sebenarnya tidak pernah diletakkan apa-apa harapan semenjak sebelum pertandingan beraksi dengan status 'underdog' telah membuktikan betapa USIM tidak boleh lagi dipandang sepi di dalam saingan arena debat tanahair.
.
Pertandingan akhir yang berlangsung di Auditorium Perdana Siswa (APS) di Universiti Malaya ini menyaksikan pertembungan USIM dengan pasukan Universiti Teknologi Petronas (UTP). UTP telah bertindak sebagai kerajaan dengan membawa usul yang bertajuk "Krisis Pemanasan Global : Kita Sudah Terlambat". USIM yang dibarisi Saudara Amar selaku Ketua Pembangkang, Azri Naim selaku Timbalan Ketua Pembangkang dan Aizat selaku Pembangkang Ketiga tidak mempunyai masalah beraksi di pertandingan akhir dengan tenang, cuma Amar sahaja yang kelihatan agak gugup ketika memulakan pembentangan kes.
.
Pertandingan akhir ini cukup bermakna buat USIM apabila Presiden ADAM iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini bagi memberikan sokongan moral.
.
Tahniah diucapkan kepada USIM dan kepada UTP jangan putus asa, cuba lagi di lain masa.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.
.

Gambar Suasana Pertandingan Akhir

Yang DiPertua mengendalikan persidangan dewan perdebatan
Tajuk Debat yang diapaparkan di skrin layar
Di antara penonton yang hadir
Agak ramai dan meriah
Masih ada juga ruangan kosong yang tidak dipenuhi
.
Sekali lagi tahniah buat yang berjaya. Kepada USIM selamat maju jaya dan teruskan usaha anda untuk terus mencapai kejayaan. Mudah-mudahan berjaya.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: