Selasa, 8 Disember 2009

Syamsul Pecah Rekod Ceramah Selama 30 Jam!!!

7 Disember 2009, Seremban: - Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail yang merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan penceramah utama daripada Intellectual Orator Consultant (IOC) telah memecahkan rekod yang sukar ditandingi oleh mana-mana penceramah di Malaysia ini apabila berceramah selama 6 hari berturut-turut dengan masa selama tidak kurang daripada 30 jam.
.
Syamsul yang merupakan tunjang utama IOC dibantu oleh Saudara Kamaruzzaman Yaacob, Saudara Md. Yusof Alias dan Saudara Abd. Halim Abu Bakar berhempas pulas berceramah selama 6 hari sehinggakan suaranya menjadi serak. Namun, masalah suara tidak menghalang Syamsul daripada berceramah dengan penuh bertenaga.
.
Bermula pada 1 Disember 2009, Syamsul, Kamarul, Yusof dan Halim telah mengendalikan kursus di PanVill Resort, Pulau Pangkor selama 3 hari dan dua malam dan diikuti pada 4 Disember 2009 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Kundur, Rembau, Negeri Sembilan.
.
"Saya melakukan sesuatu yang saya gemari iaitu, berceramah. Ceramah ini, merupakan satu kepuasan bagi saya terutama apabila melihat ramai orang bergembira dan berseronok dengan ceramah saya di samping menimba ilmu dengan ceramah yang dikongsi bersama. Maka, soal keletihan itu adakalanya saya lupakan!" ujar Syamsul ketika ditanya tentang sama ada beliau keletihan atau tidak berceramah selama 6 hari berturut-turut.
.
Ketika ditanya tentang apakah beliau bercadang untuk berehat selepas ini, beliau berkata, "Saya memang perlu berehat untuk mengumpul tenaga semula. Tetapi, rasanya tak lama, kerana pada Jumaat ini (11 Disember 2009) saya akan berceramah semula di Kuala Lumpur. Jemputan saya untuk tahun 2009 ini Alhamdulillah menggalakkan. Dan, saya sebolehnya tidak mahu menghampakan permintaan agensi dan pertubuhan yang memerlukan khidmat ceramah saya."
.
"Saya juga menjangkakan 2010 bakal menjadi tahun paling sibuk buat saya, maka perancangan yang lebih teliti perlu saya ambil. Mujurlah ada Kamarul, Yusof dan Halim membantu saya. Jadi kuranglah sedikit bebanan saya," tambah beliau lagi.
.
Difahamkan pada 20 Disember 2009, Syamsul akan dijemput sekali lagi mengendalikan satu kursus di Melaka khusus untuk pemimpin-peminpin masyarakat. Dengan ini bahagian Editorial ADAM mengucapkan selamat maju jaya buat beliau. Mudah-mudahan beliau berjaya menjadi penceramah yang dikenali di seluruh negara. Insya Allah.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: