Ahad, 6 Disember 2009
Seminar Peningkatan Modal Insan (PMI) oleh IOC
Seminar Peningkatan Modal Insan (PMI) telah diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2009 bertempat di PanVill Resort, Pulau Pangkor. Program ini merupakan program anjuran Pejabat Daerah & Tanah, Kuala Pilah. Program ini telah dikendalikan oleh Pelangi Raya Consultant manakala ceramah telah dikendalikan sepenuhnya oleh Intellectual Orator Consultant(IOC). Program ini telah disertai oleh peserta-peserta yang terdiri daripada penerima-penerima bantuan di dalam program basmi kemiskinan (PPRT) yang terdiri dari golongan miskin dan miskin tegar.
.
Seminar ini telah berlangsung di dalam 6 modul yang telah dirangka khas oleh IOC demi membawa kesedaran kepada peserta betapa penting bagi mereka untuk berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur di atas segala bantuan serta berusaha merubah diri agar menjadi seorang yang mampu berdikari serta mengubah taraf hidup masing-masing.
.
.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini nyata menampakkan tanda-tanda yang memberangsangkan. Adalah diharapkan para peserta akan membawa pulang ilmu yang telah diperolehi bagi memastikan diri mereka mampu bersaing di dalam dunia yang penuh dengan cabaran dewasa ini. Kepada crew IOC, selamat maju jaya dan syabas diucapkan!.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan