Rabu, 28 Ogos 2013

Ceramah Motivasi "Keusahawanan" anjuran LPNM di Muar, Johor

29 Ogos 2013, Muar : Satu Program Ceramah Motivasi Keusahawanan telah diadakan bertempat di Kompleks Penghulu di Mini Rural Transformation Centre (RTC), Batu 18, Ayer Hitam, Muar, Johor. Program ceramah ini dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Johor dan disertai oleh kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan berasaskan tanaman nanas.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kreativiti dan Inovasi Dalam Pengurusan Pemasaran".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR