Isnin, 26 Ogos 2013

Ceramah Asas "Teknikal Debat & Pidato" di Politeknik Melaka

26 Ogos 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi Pengucapan Awam telah diadakan bertempat di Politeknik Melaka. Program ini merupakan satu usaha mempersiapkan pemidato-pemidato serta pendebat-pendebat sebelum beraksi di petandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat politeknik mahupun peringkat universiti.

Penceramah undangan yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Teknikal Asas Pidato" serta "Teknikal Asas Debat Ala Parlimen Malaysia".

Pelbagai tips serta panduan dikongsikan bersama-sama dengan pendebat-pendebat ini. Program ini juga diadakan bagi tujuan persediaan sebelum menjadi tuan rumah Pertandingan Debat Antara Politeknik Malaysia yang dijangka berlangsung pada bulan September 2013 ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: