Khamis, 30 Januari 2014

Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah di JPPM Putrajaya

30 Januari 2014, Putrajaya : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1435 Hijrah telah diadakan bertempat di Aras 9, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Putrajaya. Program ini diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan JPPM. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 9.30 pagi hingga ke jam 11.30 pagi. Selesai ceramah majlis kemudiannya disambung dengan acara berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau juga telah diminta untuk memimpin acara Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.

Suasana ketika Ceramah berlangsung
Sdr Syamsul diminta memimpin acara Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Majlis Penyampaian Cenderahati

Disediakan oleh : EDITOR