Jumaat, 10 Januari 2014

Ceramah Maulidur Rasul di Menara Matrade, KL

10 Januari 2014, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Perbadanan Matrade bertempat di Dewan Perdana, Tingkat 6 (West Wing), Bangunan Menara Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rasulullah SAW Cahaya Penyuluh Kehidupan". Beliau telah menyampaikan ceramahnya mulai jam 3.00 petang hingga ke jam 5.00 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.
  

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: