Isnin, 27 Januari 2014

Ceramah Motivasi Kemasyarakatan di Surau Tmn Dusun Setia

27 Januari 2014, Seremban : Satu Program Ceramah mengisi Slot Kuliah Maghrib telah diadakan bertempat di Surau Taman Dusun Setia, Ampangan, Seremban. Program ceramah ini berlangsung mulai jam 8.00 malam hingga ke jam 10.00 malam.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kemasyarakatan dan Pemerkasaan Silaturrahim". Pelbagai nasihat, panduan serta tips diberikan ke arah penyatuan masyarakat Islam telah dikongsikan disepanjang program ceramah beliau berlangsung.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: