Isnin, 27 Januari 2014

Ceramah Motivasi Kepimpinan Murid di SK Seri Mawar

25 Januari 2014, Sungai Air Tawar : Satu Program Ceramah Motivasi Kepimpinan Murid telah diadakan khusus buat para pemimpin-pemimpin murid Sekolah Kebangsan Seri Mawar. 

Program ini merupakan program anjuran Unit Displin, SK Seri Mawar yang diterajui oleh Cikgu Rokhaizan. Program ceramah ini diadakan khusus bagi memberikan pendedahan kepada para pemimpin murid agar dapat menerapkan nilai-nilai yang sewajarnya di dalam diri murid selaku pemimpin murid dan juga pembimbing bagi memastikan mereka dapat dijadikan contoh serta tauladan yang baik di kalangan murid-murid yang dipimpin. Turut hadir ke program ini adalah Tuan Zulkifli Sarbini, Guru Besar SK Seri Mawar.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kepimpinan Efektif".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: