Isnin, 29 November 2010

Seminar Pengucapan Awam 2010 : Laporan Penuh

26 November 2010, Seremban : Satu Seminar Pengucapan Awam telah diadakan bertempat di Star Fresh Agro Park, Jalan Kuala Pilah, Seremban. Seminar ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuklah daripada Senawang Specialist Hospital (SALAM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Klinik Pergigian Seremban, Jelebu, Tampin dan ramai lagi.
.
Seminar ini telah dikelolakan oleh Intellectual Orator Consultant (IOC) menerusi Pengerusi Eksekutifnya iaitu Sdr Sharullazhar Yacob.
.
Turut hadir ke program ini ialah Sdr Khairul Affendy, Eksekutif Pemasaran IOC.
.
Penceramah undangan yang dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan Pengucapan Awam ini ialah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu "Perihal Pengucapan Awam" dan "Seni Pengucapan Awam".
.
Ceramah ini nyata telah mendapat sambutan yang baik daripada para peserta di mana kebanyakan peserta memberikan jaminan akan menyertai program ini seandainya dianjurkan lagi pada masa akan datang.
.
Menurut Sdr Sharullazhar,"Program pada hari ini merupakan siri pengenalan di mana ia hanya memberikan penerangan konsep pengucapan awam secara asasnya sahaja. Program susulan sedang dirangka iaitu melibatkan program 3 hari dan 2 malam di mana para peserta akan diberikan pendedahan melalui latihan praktikal, pembentangan serta bengkel bagi memperbaiki kemahiran pengucapan awam yang cukup penting pada hari ini".
.
Beliau menjangkakan seminar susulan ini berkemungkinan besar diadakan pada bulan Januari 2011.
.
Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah kepada peserta
Ada yang tidak dapat menahan ketawa mendengar kisah yang dikongsi oleh Sdr Syamsul
Mendengar setiap input yang disampaikan
Suasana di dalam dewan ketika ceramah berlangsung
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
.
.
p/s: Koleksi gambar-gambar ketika program ini berlangsung boleh dilihat menerusi folder seterusnya.

Seminar Pengucapan Awam 2010 : Sesi Memperkenalkan Diri

Seminar Pengucapan Awam 2010
Bertempat di Star Fresh Agro Park
26 November 2010
.
Sesi Memperkenalkan Diri
.
Slide yang telah siap sedia dipasang di hadapan
Kelihatan peserta yang baru sampai
Mula mengambil tempat
Semuanya hadir dengan wajah ceria...



Semua mendengar penceramah memperkenalkan dirinya


Sdr Syamsul memberikan penerangan terlebih dahulu berkaitan seminar yang bakal berlangsung







Bermulalah sesi memperkenalkan diri























.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Seminar Pengucapan Awam 2010 : Slot 1 "Perihal Pengucapan Awam"

Seminar Pengucapan Awam 2010
Bertempat di Star Fresh Agro Park
26 November 2010
.
Koleksi Gambar Slot 1
"Perihal Pengucapan Awam"
.








































.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR