Ceramah berkaitan Pengurusan Keluarga
Rabu, 24 November 2010
Hari Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Masyarakat
24 November 2010, Seremban : Satu program Hari Penyampaian Sijil Unit Pendidikan Masyarakat telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan GDW, Kg Panchor. Di dalam program ini, pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan mengubah sirih junjung, pertandingan masakan puding, pertandingan masakan rendang pucuk ubi, pertandingan jahitan manik serta pertandingan mata lalat.
.
Program telah bermula pada jam 2.00 petang dengan acara pendaftaran diikuti dengan pertandingan-pertandingan berlangsung serentak. Pada jam 3.00 petang majlis diteruskan dengan ceramah "Pengurusan Keluarga" yang telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah ini telah mendapat sambutan hangat oleh semua yang mengikuti program ini.
.
Seterusnya majlis penutup telah dijalankan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasuludin, Imam Surau Panchor. Seterusnya majlis dipersembahkan dengan persembahan bercerita oleh wakil daripada KEMAS Kg Bukit Temiang.
.
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YBhg Pn Atipah Amalina bt Abdullah, Pegawai Operasi 2, KEMAS Negeri Sembilan. Pn Atipah seterusnya juga telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada semua pemenang-pemenang pertandingan.
. Sdr Syamsul ketika menyampaikan ceramah
Ceramah berkaitan Pengurusan Keluarga
Ceramah berkaitan Pengurusan Keluarga
Pelbagai tips dikongsi bersama
Di antara yang hadir...
Suasana meriah dan ceria
Ceramah nyata tidak membosankan
Ada sahaja cerita yang dikongsi bersama
Sdr Syamsul berceramah kira-kira 1 jam dan 15 minitAkhirnya ceramah berakhir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan