Ahad, 14 November 2010

Motivasi Kepimpinan SMK Mantin [Soalselidik Program]

JAWAPAN SOAL-SELIDIK
PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR
12/10/2010 - 13/10/2010
TAMAN MALAYSIA, SEREMBAN
.
Komen Guru
.

1. Ceramah yang menyeronokkan. Penceramah yang rapat dengan pelajar. Contoh-contoh yang disampaikan memang 'live' dan 'enjoyable'. - Cikgu Wan
2. Ceramah dan aktiviti yang dijalankan menarik dan sesuai dengan tujuan dan objektif kami.
3. Program dan ceramah yang dijalankan amat baik. Pengurusan kursus adalah baik. Kursus telah berjaya dijalankan dengan baik. Tahniah, terima kasih dan selamat maju jaya.
4. Program yang diadakan ini sangat baik. Ceramah yang disampaikan sangat menyeronokkan. Kalau boleh, lebihkan banyak aktiviti LDK dan outdoor activity.
.

Komen Peserta
.

1. Pada pandangan saya, kursus ini telah memberikan semangat untuk belajar dan berusaha dengan lebih gigih lagi. - Siti Nazirah Mohd Nazri
2. Pandangan saya tentang ceramah/kursus ini ialah ceramah ini banyak berguna kepada saya. Dengan ini saya dapat banyak maklumat tentang kepimpinan pelajar. Saya mengucapkan terima kasih kepada penceramah kerana memberi ceramah yang berguna kepada kita. Terima kasih.
3. Pada pendapat saya, kursus yang telah saya jalani dalam tempoh 2 hari ini sangat menarik dan tidak membosankan dan penceramahnya juga sangat sporting. - Fyqal
4. Ceramah/kursus ini seronok seklai sebab penceramah yang memberikan ceramah itu dengan sempurna, selepas mendengar ceramah ini ia memberikan keyakinan kepada saya untuk menjadi pemimpin yang berketrampilan.
5. Pada pandangan saya ceramah ini sangat bagus di sepanjang kursus ini dijalankan. Penceramahnya sungguh funny. Penceramah memberi kami sokongan untuk berjaya. - Rafhanah Athirah Hassan.
6. Kursus ini sangat menyeronokkan dan patut diadakan lagi pada tahun hadapan kerana penceramah yang berpendidikan dan tidak membosankan. Terima kasih atas anjuran yang telah dianjurkan. Tiada sebarang komen negatif daripada saya kerana semuanya best. - Fara Johari.
7. Pandangan saya tentang ceramah ini ialah seorang penceramah yang amat menarik dengan caranya berceramah. - Nur Shafiqa Harizon.
8. Pada pandangan saya kursus ini tersangatlah seronok kerana mempunyai penceramah yang sangat ceria iaitu En Syamsul Amri. Ceramahnya telah memberi makna yang besar kepada kami semua. Terima kasih En. Syamsul!! Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
9. Saya suka ceramah ini. Saya pula suka penceramah yang baik hati.
10. Pandangan saya ialah ceramah ini amat berguna kepada saya dan akan mengubah diri seseorang. Terima kasih kepada penceramah. - Logeswaran.
11. Penceramah yang best, menarik dan pandai menarik minat saya untuk mendengar ceramah yang beliau sampaikan. Aktivitinya juga menarik minat saya. Jika ada lagi ceramah/kursus ini saya ingin menyertainya.
12. Ceramah yang diadakan penuh dengan pengisian yang begitu seronok. cara penyampaiannya begitu bersahaja dan telah berjaya membuatkan kami tidak merasa bosan. Kalau diberi peluang saya ingin menyertai kursus yang disampaikan oleh En Syamsul Amri lagi.
13. Menarik dan seronok. Tidak boring! - Naufal Sayyid.
14. Menarik dan seronok. Cikgu Syamsul kelakar!! - Sofian.
15. Pandangan saya ceramah ini bagus.
16. Penceramah kursus ini tidak membosankan kerana mempunyai unsur jenaka disamping menepati tujuan kursus.
17. Pandangan saya tentang kursus yang telah saya jalani dalam tempoh 2 hari ini ialah ceramah ini sangat menarik. Penceramahnya pandai memberi pengajaran dan semangat dalam pelbagai cara. Saya dapat memahami moral yang hendak ditunjukkan melalui ceramah. - Nurul Hidayah Mohd Lod.
18. Pada pandangan saya sepanjang menjalani kursus ini, program ini telah banyak memberi semangat dan keyakinan yang baru dalam diri saya. Saya amat berharap agar dapat menyertai program seperti ini pada masa depan. - Noor Adilah Sainuddin.
19. Pada pendapat saya sepanjang program ini saya mendapat keyakinan dalam diri saya dan penceramah menceramahkan tentang keyakinan dalam diri sendiri dengan seronok dan lucu. Dan akhir kata, program ini sememangnya seronok dan best. - Nur Syafiyah Sabri.
20. Pada pandangan saya, ceramah yang telah diberi oleh para fasi amat menarik. Saya gembira ketika mendengar ceramah yang telah diberikan oleh En Syamsul Amri dan En Affendy ketika slot-slot dan kerja berkumpulan. Banyak nilai murni dan konsep untuk memimpin telah diterangkan dan kesemuanya saya faham dan memahami dengan teliti kerana cara penyampaiannya sangat menarik. - ena_epparocka<3>
40. Pandangan saya tentang ceramah/kursus yang telah saya jalani dalam tempoh 2 hari ialah saya dapat memupuk jati diri saya agar terus berusaha dalam hidup. Kerana dengan cara itu, barulah saya tahu bukan mudah untuk memupuk kecemerlangan. - Nur Intan Adilla Jamri.
41. Pada saya, ceramah/kursus ini tidak membosankan kerana ceramah/kursus ini mempunyai penceramah yang bagus dan tidak membosankan. Saya rasa kursus ini sangat bagus dan mudah faham. - Nur Fatin Nadhirah.
42. Pendapat saya, kursus ini tidak membosankan kerana penceramahnya En Syamsul sangat menggembirakan. Dia pandai membuat orang gembira. - Nur Ida Azreen Anuar.
43. Kursus ini sangat menarik dan telah memberikan kegembiraan kepada saya. Asrama sederhana bagus. - Tam Ming Eng.
44. Menarik, perkhidmatan sederhana, ceramah bermanfaat, asrama perlu diperbaikkan.
45. Menarik dan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dan paling seronok adalah mempunyai pensyarah yang begitu pandai bercakap 'joke'. Asrama harus ada penghawa dingin!
46. Saya berasa sungguh seronok mendengar ceramah terutamanya daripada Abang Syamsul dan fasilitator-fasilitator yang lain. Saya juga berasa bersemangat untuk mendapat kejayaan yang cemerlang nanti. Semoga kursus yang dianjurkan oleh IOC ini akan diadakan lagi. - Hanisah Ahmad Mohtar.
47. Kursus yang paling sesuai dan bagus untuk pelajar. Saya suka dengan kursus ini dan gembira kerana dapat menyertai kursus ini. Melalui kursus ini pelajar dapat memimpin diri sendiri denga baik.
48. Pandangan saya setelah dua hari saya berada di Taman Malaysia, dan mendengar serta mengikuti kursus yang diadakan banyak memberi pengajaran serta faedah yang penting dan saya dapat belajar menutupi rasa takut apabila berdiri di depan orang ramai. - Suhaila.
49. Saya berseronok dengan ceramah daripada En Syamsul. Dengan ceramah ini saya ingin berjaya dalam kehidupan dengan mewah, berpendidikan tinggi dan dikelanil semua di seluruh dunia. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mencantikkan kehidupan saya. - S. Nalini (4B).
50. Menarik dan seronok. Syamsul kelakar! - Syazwan.
51. Seronok, bermakna, dapat belajar pelbagai pengetahuan. - Lan Fu Sheng.
52. Kem ini sangat seronok, menarik. Permainan, ceramah sangat bagus, tidak bosan. Pemandangan indah, kemudahan bagus. - Yap Jun Kit.
53. Semuanya menarik melainkan makanan yang tiada rasa. - * Tulus dari hati...
54. Ceramah ini sangat menarik minat kerana dipenuhi lawak jenaka. Amat menggembirakan kerana dapat informasi yang berguna untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya di dalam akademik dan lain-lain. - Sylvia.
55. Pandangan saya tentang ceramah/kursus yang telah saya jalani dalam tempoh 2 hari ini sangat bagus dan menyeronokkan. Di dalam ceramah/kursus ini juga saya dapat memahami betapa pentingnya pelajaran di dalam hidup kita. Dan kita juga perlu berusaha dalam mencapai apa yang kita inginkan. - Junaidah Samad.
56. Program ini memang 'interesting'. Tidak membosankan sebab penceramah tidak membosankan. Saya dapat banyak pengalaman baru bila hadiri program ini. Saya harap program ini dapat jadi acara tahunan untuk SMK Mantin. - Siti Nur Hidayah Mokhtarom.
.
.
.
* Nota - Adalah dimaklumkan bahawa kesemua komen adalah diambil terus daripada borang komen tanpa sebarang pengubahsuaian. Terima kasih.
.
.
Oleh : EDITOR

Tiada ulasan: