Khamis, 26 Februari 2015

Ceramah Motivasi Komunikasi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban


25 Februari 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pengucapan Awam & Komunikasi telah diadakan bertempat di Auditorium Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) khusus buat para Pegawai dan Kakitangan HTJS.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengucapan Awam dan Kemahiran Komunikasi Berkesan : "Lu Gua, Bro !!!".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR