Khamis, 31 Disember 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah DUN Taboh Naning, Melaka


30 Disember 2015, Jempol : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah Peringkat DUN Taboh Naning. Program di bawah kelolaan YB Datok Hjh Latifah Omar, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Melaka, merangkap ADUN Taboh Naning ini telah dilangsungkan di Dewan Besar, Kompleks JAPERUN Taboh Naning, Simpang Ampat, Melaka.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menzahirkan Kesyukuran Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR