Rabu, 16 Disember 2015

Ceramah Motivasi "Team Building" Untuk Mahkamah Rayuan, Putrajaya di Hulu Langat, Selangor


6 Disember 2015, Hulu Langat : Satu Program Ceramah Motivasi TEAM BUILDING (Pembinaan Pasukan) telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di Mahkamah Rayuan, Kompleks Istana Keadilan Putrajaya. Program ini telah berlangsung selama 3 hari dan 2 malam mulai 4 Disember 2015 hingga 6 Disember 2015.

Program ini telah diadakan bertempat di Impian Rimba Resort, Lembah Pangsoon, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Program ini telah dikendalikan oleh Intellectual Orator Consultant (IOC) dengan kerjasama Pejabat Mahkamah Rayuan Putrajaya. IO Consultant telah diketuai oleh teraju utamanya Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung. Untuk menyaksikan gambar-gambar penuh bolehlah layari laman facebook Sdr Syamsul Amri Ismail.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: