Rabu, 16 Disember 2015

Ceramah Motivasi "Rejuvenasi Minda : 4S" MARA Kuala Lumpur


4 Disember 2015, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi telah diadakan khusus buat para Pegawai dan Kakitangan Bahagian Sumber Manusia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Lumpur. Program ini telah diadakan bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rejuvenasi Minda : 4S". 4S ini merujuk kepada SMILE, SALAM, SMART dan SHARING.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: