Rabu, 16 Disember 2015

Bengkel Pemantapan Pidato dan Pengucapan Awam di Bangunan UMNO, PWTC, Kuala Lumpur


7 Disember 2015, Kuala Lumpur : Satu Bengkel Pemantapan Pidato dan Pengucapan Awam telah diadakan khusus buat Finalis Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2015. Program ini telah diadakan di Dewan Auditorium Tingkat 4, Bangunan Menara UMNO, PWTC, Kuala Lumpur.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Pelbagai tips serta panduan dibekalkan kepada para peserta demi menambahbaik mutu persembahan masing-masing di pentas final.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program Bengkel ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR
Gambar oleh : Yusmasdi Yusof

Tiada ulasan: