Ahad, 27 Disember 2015

Ceramah Motivasi "Pengurusan Kewangan" MEMBARA di Taman Angsamas, Mambau


27 Disember 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Latihan Pengurusan Kewangan telah diadakan bersempena dengan Program MEMBARA anjuran Penerangan UMNO Bahagian Rembau, DUN Rantau. Program ini telah berlangsung di Balai Raya Taman Angsamas, Mambau.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Teknik Pengurusan Kewangan Serta Kepentingannya".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: