Ahad, 27 Disember 2015

Ceramah Motivasi INTEGRITI di Daerah Jempol


21 Disember 2015, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi Integriti Perkhidmatan Awam telah diadakan bertempat di Dewan Seri Rompin, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol. Program ini melibatkan para pegawai dan kakitangan kerajaan dari seluruh daerah jempol.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Integriti dan Rejuvenasi Minda".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: