Ahad, 27 Disember 2015

Ceramah Motivasi Kekeluargaan Untuk Keluarga TPM Malaysia di Melaka


25 Disember 2015, Alor Gajah : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bersempena dengan Program Silaturrahim Waris Kamarudin Kassim (SWKK) iaitu Keluarga kepada YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YBhg Datin Seri DiRaja. Program ini telah diadakan bertempat di Permata Resort, Ayer Pa'abas, Alor Gajah, Melaka.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kemesraan Keluarga Berpanjangan".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: