Rabu, 16 Disember 2015

Ceramah Motivasi Kekeluargaan dan Kemasyarakatan di Tapak Uptown, Pekan Bahau, Jempol


6 Disember 2015, Jempol : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan dan Kemasyarakat telah diadakan bertempat di Tapak Uptown, Pekan Bahau, Jempol. Program ini telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 10.30 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Elak Derita, Cari Bahagia".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: