Ahad, 27 Disember 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Masjid Parit Istana, Terachi


26 Disember 2015, Kuala Pilah : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Parit Istana, Terachi, Kuala Pilah. Program ini telah berlangsung mulai selepas Maghrib hingga ke jam 9.00 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Muhammad Nur Penyuluh Cahaya Sekelian Alam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: