Khamis, 31 Disember 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1437H di Surau Felda Serting Hilir 7, Jempol


30 Disember 2015, Jempol : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah Peringkat Surau Felda Serting Hilir 7, Jempol.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menzahirkan Kesyukuran Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: