Selasa, 22 Disember 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah di Masjid Raja Alang, Beranang


11 Disember 2015, Beranang : Satu Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Raja Alang, Beranang (MRAB). Program ini telah berlangsung selama dua jam mulai selepas Solat Maghrib.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Istiqamah Di Dalam Amalan Adalah Sunnah Rasulullah SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: