Ahad, 27 Disember 2015

Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka


24 Disember 2015, Masjid Tanah : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1437 Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka. Program ini telah berlangsung mulai jjam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menzahirkan Kesyukuran Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: