Selasa, 9 Oktober 2012

Ceramah Motivasi SMV Kuala Klawang : Album 1


Ceramah Motivasi Pelajar
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang
Jelebu, Negeri Sembilan

8 Oktober 2012

Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Program Ceramah ini melibatkan kira-kira 400 orang pelajar di sekolah berkenaan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam.

Dengan ini EDITOR ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta yang terlibat di dalam program ini. Mudah-mudahan segala tips-tips yang disampaikan dapat membantu para pelajar berusaha menjadi generasi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang... dulu, kini dan selama-lamanya.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

** gambar-gambar lain di dalam program ini boleh disaksikan menerusi folder berikutnya.