Selasa, 9 Oktober 2012

Program Motivasi Mahkamah Persekutuan Meriah di Melaka!!

7 Oktober 2012, Ayer Keroh : Satu Program Motivasi "Leadership Paradigm, Lead Motivate and Transform" telah dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Program ini melibatkan kira-kira 60 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Gred L44 dari seluruh negara.

Pihak MyServe and Solution telah dipilih menjadi pengendali program kursus 3 hari 2 malam ini yang berlangsung daripada 5 Oktober 2012 hingga 7 Oktober 2012. Program ini telah dilangsungkan bertempat di Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.


Program ini nyata telah berlangsung dengan meriah sekali serta mendapat respon yang menggalakkan  para peserta yang terlibat. Penceramah Utama bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau turut dibantu oleh dua orang koordinator latihan iaitu Sdr Kamaruzaman Yaacob dan Sdr Md Yusof Alias. Sdr Syamsul (gambar) berceramah dengan penuh bertenaga serta berjaya menarik perhatian keseluruhan  peserta yang terlibat di dalam program ini.

Dengan ini EDITOR ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia di atas kejayaan menyelaraskan serta menjayakan program yang baik seperti ini.

Suasana di dalam bilik ceramah
Pelbagai kisah teladan turut dikongsi bersama
Sdr Md Yusof Alias bertindak selaku Pengacara Majlis
Para peserta menaiki pentas untuk membuat persembahan
Slot Senaman Pagi yang dikendalikan oleh Sdr Kamaruzaman
Kerjasama membina rakit
Perlumbaan rakit bermula...
Pelbagai aksi dan gaya
Sdr Syamsul menyampaikan ulasan keseluruhan program
En Zamri Misman menyampaikan cenderahati kepada setiap kumpulan
Sesi Bergambar

Disediakan oleh : EDITOR

** Gambar-gambar lain bermula dari hari pertama hinggalah ke hari ketiga boleh dilihat menerusi folder berikutnya.

Tiada ulasan: