Selasa, 27 Januari 2009

Lompat Menurut Tun Dr Mahathir

1. Kita banyak dengar tentang kemungkinan ahli parti Barisan Nasional lompat masuk parti lawan.

2. Jika 35 ahli masuk parti lawan, parti BN akan jatuh. Parti lawan akan menang dan akan dirikan Kerajaan.

3. Apa akan jadi pada wakil rakyat BN yang lompat? Mereka tidak akan jadi Perdana Menteri kerana sudah tentu pemimpin Pakatan akan jadi PM. Ahli-ahli Pakatan yang lain juga ingin jadi Menteri dan Timbalan Menteri.

4. Berapa tempat yang tinggal pada ahli BN yang lompat? Tentu tidak semua mereka akan dapat tempat. Mereka akan terus jadi pengikut Pakatan sahaja, seperti mereka mengikut Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum mereka lompat.

5. Jika Ahli Dewan Rakyat BN keluar dari BN tetapi tidak masuk parti lawan mereka akan bebas menyokong atau menolak undang-undang atau dasar parti Kerajaan atau usul-usul parti lawan. Mereka bebas mengecam parti Kerajaan jika melakukan kesalahan, demikian juga apabila parti lawan membuat atau pun melakukan perkara yang salah.

6. Jika jumlah yang tinggal BN cukup untuk kurangkan penyokong Kerajaan supaya tidak ada majority lagi, Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah akan jatuh.

7. Kerajaan baru hanya boleh didirikan jika dipersetujui oleh ahli-ahli yang keluar BN, kerana mereka memiliki cukup undi untuk menentukan BN atau Pakatan yang menjadi majoriti dalam Parlimen.

8. Jika BN ganti Dato Seri Abdullah dengan orang lain yang berani, kumpulan yang keluar dari BN boleh sokong BN semula dan BN akan kembali jadi Kerajaan.

9. Ini adalah satu cara untuk memaksa Dato Seri Abdullah letak jawatan. Kemudian semua yang lompat boleh masuk balik parti masing-masing.

10. Percayalah, mereka daripada parti komponen BN yang telah sokong parti lawan PRU 12 akan kembali sokong BN apabila Dato Seri Abdullah bukan lagi Perdana Menteri.

Di petik daripada chedet.com.cc


- Editor -


Tidak Akan Ada Lagi Lompatan Baru !! - Najib


26 Januari 2009 (Kuala Lumpur) : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

“Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah),” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota daripada BN Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Terdahulu Najib dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Najib menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai satu perkara yang tidak diduga dan berharap Nasaruddin akan dapat berfikir semasak-masaknya berhubung tindakannya menyertai PKR.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau difahamkan ada beberapa sebab mengapa Nasaruddin mengambil tindakan sedemikian, tetapi tidak menjelaskan sebab-sebab itu.

“(Tindakan Nasaruddin sertai PKR) satu perkara yang kita (BN) tak duga. Tapi saya berharap Adun Bota ini dapat berfikir semasak-masaknya langkah yang dia telah buat,” katanya.

Dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nasaruddin berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Bota.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Nasaruddin menewaskan calon PKR Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

Sementara itu, ketibaan Najib dan isteri di perkarangan Wisma MCA disambut oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin kanan parti, yang diserikan dengan persembahan tarian singa.

Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan San Choon itu juga dimeriahkan dengan persembahan muzik dan pertunjukan akrobatik dari China.

Turut hadir pemimpin-pemimpin parti komponen BN, para diplomat asing serta pelancong asing.

- Editor -

Lompatan Pertama YB !!!

Lompatan Pertama YB !!

25 Januari 2009 : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Dalam pada itu, BN Perak mengadakan mesyuarat khas kira-kira pukul 9 malam ini yang antara lain membincangkan isu Nasarudin meninggalkan Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat. Ketika dihubungi, Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali di pejabat Umno di Ipoh.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu. Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006. Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi. Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.

Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.

"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketika ditanya berhubung PKR Pulau Pinang yang mendakwa kerajaan negeri yang dikuasai DAP tidak mengadakan perbincangan dengan parti itu sebelum membuat sesuatu keputusan, Anwar berkata, beliau telah menerima laporan berhubung perkara itu daripada kerajaan negeri pagi tadi.

"Itu adalah isu di peringkat kerajaan negeri. Kita akan adakan perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang," katanya.

MESYUARAT BARISAN NASIONAL PERAK

Dalam pada itu, BN Perak akan mengadakan mesyuarat kira-kira pukul 9 malam ini yang antara lain akan membincangkan isu 'lompat parti' Nasarudin.

Setiausaha BN Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali di pejabat Umno di Ipoh.

"Ada dua tiga perkara yang akan kita bincangkan hari ini. Antaranya adalah isu Datuk Nasarudin dan postmortem pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini," katanya lewat petang ini.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa mesyuarat ini diadakan mengejut kerana ia sudah dirancang sejak tiga minggu lalu.

"Bukan mengejut. Kita dah bincang nak adakan sejak dua tiga minggu sudah dan malam ini kita berkesempatan adakan sebab esok cuti Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh semua ADUN BN di Perak.

Mengulas lanjut mengenai penyertaan Nasarudin ke dalam PKR, Ramly berkata, beliau berasa terkejut mendengar berita itu hari ini.

"Saya memang terkejut. Sebelum ini memanglah ada dengar khabar angin mengenai hal itu tapi biasalah khabar-khabar angin mengenai lompat parti memang selalu kedengaran sejak pilihan raya umum tempoh hari.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau (Nasarudin) tidak pernah memberitahu secara peribadi kepada sesiapa terutamanya kepada Datuk Seri Tajol sebagai Pengerusi BN.

"Jika benar beliau merasa terkilan tentang sesuatu perkara, beliau harus membincangkannya sesama kita," katanya.

Ditanya sama ada keputusan Nasarudin disebabkan beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lalu, Ramly berkata, Nasarudin perlu memandang kekalahannya sebagai adat pemilihan.

"Kemungkinan beliau ini telah berjumpa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan telah ditawarkan 'gunung permata' jika menyertai parti itu," katanya.


- Editor -

Ahad, 18 Januari 2009

Di Sebalik Keputusan P36

Di Sebalik Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P36)

Keputusan Rasmi

Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252
Azharudin Mamat (Bebas): 193
Undi Rosak:665

Majoriti:2631
Jumlah Keluar Mengundi: 63,993
Jumlah Keseluruhan Pengundi: 80,229
Peratus Keluar mengundi: 79.693%

Assalamualaikum kesemuanya...

Alhamdulillah, kita bertemu semula di ruangan ilmu ini. Ramai yang menanti komentar terkini saya. Malah ramai yang bertanya “Macamana BN boleh kalah?”. Saya mengambil masa sehari suntuk dengan sabar menerima setiap buah fikiran dan pandangan ramai tentang keputusan P36 baru-baru ini.

Sehingga ke saat ini masih terdengar cakap-cakap politik dan ulasan pelbagai pihak berkumandang di setiap ruang .. baik di restoran, warung, pejabat, perkarangan masjid, surau dan sebagainya. Pak Ngah saya sendiri ada menghantar sms kepada saya, dan kata nya “Memang benar ramalan saya semenjak Selasa yang lepas (13 Januari 2009), BN tewas adalah tepat seperti ramalan saya. Inilah cermin sebenar penerimaan rakyat terhadap Pak lah.Rakyat boleh menerima BN tetapi tidak Pak Lah.” Malah macam-macam lagi ulasan yang dikongsikan bersama saya.Masing-masing mengutarakan pandangan serta pendapat masing-masing. Ada yang analitikal ulasannya, ada yang sinis malah ada yang sebegitu ekstrim dengan semangat kepartiannya hinggakan apa juga alasan yang diberi oleh orang lain tidak dapat diterima lantaran ketaksubannya. Apa pun Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu telah pun selesai. Abdul Wahid Endut menjadi pilihan ramai, mengatasi calon Barisan Nasional, Wan Ahmad Farid dengan majoriti yang lebih besar daripada majoriti yang dicapai oleh Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas.

Sewajarnya, perkara yang lepas menjadi pengajaran dan iktibar buat semua, kerana walau apa pun keputusannya tugas membela rakyat perlu tetap diteruskan. Baik PAS mahupun BN perlulah meneruskan walau apa jua yang telah dijanjikan kepada rakyat agar isu ini tidak dijadikan asas kelemahan pemimpin pada pilihanraya yang akan datang. Biarlah pada pilihanraya akan datang isu-isu yang lebih segar dapat dikongsi bersama-sama dengan pengundi agar suasana politik negara akan lebih matang dan dapat diterima semua pihak. Ini kerana kita perlu
sedar, pengundi kini lebih intelek dan kritikal di dalam penilaian politik mereka. Mereka tidak lagi mengambil pendekatan mudah, simplistik atau semberono, tetapi lebih bersifat hati-hati bagi memastikan keputusan yang dibuat membawa kesan dan natijah kepada kawasan setempat, daerah, negeri dan seterusnya Negara.

Tanggapan awal pilihanraya di Kuala terengganu ini agak sukar, kerana sebagaimana yang saya laporkan semenjak saya tiba di Kuala Terengganu pada 7 Januari 2009, suasana di KT agar tenang tanpa sebarang insiden menarik apatah lagi tang menggemparkanCuma isu yang tidak ’up’ pun sehingga ke peringkat akar umbi. Isu-isu yang ditonjolkan ialah isu janji-janji perti pembangkang yang tidak tertunai, isu pembangunan yang dibawa BN dan juga isu BN sebagai pimpinan yang stabil setakat ini. Malahan ceramah saudara Ezam dan rakan-rakan juga gagal memberi impak kepada kemenangan yang diharapkan BN. Namun sedar atau tidak, isu ini telah sekian lama dijadikan modal oleh BN. Mungkin tiba masanya sebagaimana di awalan tadi saya berpandangan bahawa BN perlu mengkaji dan mencanai strategi baru untuk memenangi hati rakyat agar parti akan kembali diterima pengundi.

Beberapa pandangan ditinjau berkenaan pilihanraya ini, pelbagai reaksi diberikan. Walau apapun kita perlu menerima hakikat tertewasnya BN di P36 di tangan PAS. Menurut Dato Seri Najib (TPM), “kita perlu menerima hakikat, meskipun ianya pahit untuk ditelan“. Ini sewajarnya menjadi asas kepada BN untuk terus berusaha keras bagi memastikan kekalahan ini tidak berulang lagi. Justeru BN perlu belajar untuk bermuhasabah diri dan menilai kesilapan sendiri. PAS yang disangka boleh ditewaskan rupanya telah memperbetulkan tanggapan dan gambaran betapa PAS masih lagi berpengaruh di Kuala Terengganu, dan BN tidak boleh lagi memandang rendah kepada PAS di keseluruhan Negeri Terengganu.

Satu lagi aspek yang perlu diambil perhatian oleh BN adalah dari segi kerjasama Parti Komponennya. Persoalan yang ditimbulkan sejauh manakah Parti Komponen memainkan peranan di dalam memenangi hati masyarakat Cina? Khususnya di kawasan DUN Bandar. MCA dikatakan sebagai kurang memainkan peranan di dalam menarik undi masyarakat Cina. Saya melihat sendiri di suatu petang pada 14 Januari 2009 lebih kurang jam 3.00 petang, terdapat sekumpulan peraih undi berbangsa Cina dengan bajunya tertera Parti Keadilan Ampang, kelihatannya mereka sedang sibuk berkunjung ke kedai-kedai sambil memujuk pengundi agar menyokong calon PAS. Inilah yang dikatakan semangat berpasukan. Senario ini sangat kurang jika dibandingkan dengan ’kerja’ yang diusahakan oleh MCA, mahupun Gerakan. Kenyataan ini seolah disokong oleh Ong Tee Kiat yang menyatakan bahawa “Kita tidak boleh bersikap seolah kita lebih pandai dan lebih tahu daripada Pembangkang“. Ini menunjukkan apa yang mereka tahu tidak memadai, malah mereka perlu berusaha seolah-olah mereka TIDAK TAHU! Kerana itulah yang pembangkang lakukan kerana mereka tidak tahu yang mereka boleh menang atau tidak. Sedang BN terlalu ramai yang SEOLAH-OLAH TAHU yang mereka boleh menang, sedangkan mereka berada di ambang kekalahan!

Prof. Madya Shaharudin pula menganalisis dari faktor calon. Menurut beliau calon yang diletakkan oleh PAS iaitu Abd Wahid Endut lebih mesra rakyat berbanding calon BN. Tidak hairanlah kita mendengar komentar daripada Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa, “Najib bukanlah faktor kekalahan, tetapi faktor ’candidate’ (calon) yang telah memenangkan PAS“. Kita boleh melihat Parti PKR, DAP dan PAS sendiri bekerja sangat kuat sehingga ke saat akhir pembuangan undi. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib pula menambah, bahawa BN perlu belajar dari kekalahan ini dan menilai semula kerana berkemungkinan BN tidak mengambilkira isu yang sebenar ketika berkempen, dan ini mengakibatkan banyak isu yang sepatutnya diambil perhatian terbiar begitu sahaja tanpa diambil berat oleh BN.

Prof. Dr Agus lebih menarik lagi dengan meletakkan sebahagian daripada faktor kekalahan kepada pihak media. Media digunakan tanpa henti untuk menggerakkan kempen. Media menjadi medan menghunus pedang tanpa memberi peluang pembangkang menjawabnya. Malahan ini juga menjadi faktor kepada kekalahan beberapa Negeri di dalam PRU ke 12 yang lalu. Politik yang sebegini membosankan pengundi. Pengundi mahu diberi peluang yang adil untuk menilai dan mendengar hujahan kesemua pihak sebelum membuat keputusan di pusat mengundi. Apabila ini tetap tidak berubah, maka pengundi lebih gemar mendengar orang yang “menjawab“ daripada orang yang “bertanya“ tadi. Kerana, ternyata orang yang menjawab tadi mengutarakan jawapan yang lebih bijak daripada soalan yang ditanya meskipun mereka tidak pernah pun mengambil peduli soalan yang ditanya.

Di akhir sekali, saya menilai bahawa ketara kelihatan wujudnya jurang di antara UMNO negeri dengan UMNO bahagian dan malah, lebih jauh lagi dengan UMNO Cawangan. Ini adalah faktor terpenting kekalahan BN (saya rasa). Ini boleh dilihat, kempen yang dijalankan di kebanyakan peti undi kelihatan benar-benar tidak bermaya. Apa sebenarnya yang berlaku, hanya mereka yang saya sebutkan tadi tahu tentang apa yang berlaku antara mereka. Apa pun, sekadar tahu, tidak membantu. Malah mereka perlu berusaha memperbaiki senario ini agar dapat memastikan UMNO dan Barisan Nasional akan kekal relevan sebagai Parti yang stabil dan menjaga keamanan dan kemakmuran negara.

Akhir kata, tahniah buat PAS, buat BN pula, belajarlah dari kesilapan dan kekalahan ini. Di sini kita hanya boleh bersetuju, bahawa pilihanraya tersebut membuktikan proses pemilihan pemimpin secara demokrasi masih kekal subur di dalam negara kita.

Ulasan oleh :

Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengerusi Blog ADAM)
Merangkap Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia


UM Johan Debat IKIM 2009 !!!

Universiti Malaya Johan Debat IKIM 2009

Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai johan Debat IKIM 2009 dengan menumpaskan lawan mereka iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di pertandingan akhir. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menawarkan hadiah baru yang lumayan kepada johan Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara IPT kali ke-6 iaitu berupa geran berjumlah RM 10, 000.00 kepada Kelab Debat universiti terbabit. Sebelum ini pasukan debat yang menjadi johan hanya menerima wang tunai RM15 000.00 sahaja di samping hadiah iringan. Pendebat terbaik pula akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 2,000.00 berbanding RM 1,000.00 tahun sebelumnya.

Hadiah yang ditawarkan oleh IKIM merupakan hadiah yang tertinggi untuk pertandingan debat di negara ini. IKIM amat berharap dengan hadiah yang lumayan ini akan memberi galakan dan kehebatan kepada gelanggang debat di kalangan penuntut IPT lebih-lebih lagi dalam memperdebatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur Islami.

Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali ke-6 akan diadakan pada 12-16 Januari 2009 di Dewan Besar IKIM. Pertandingan akhir akan diadakan pada 16 Januari 2009 (Jumaat) yang akan dihadiri oleh YABhg Tun Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM dan Y.M. Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM.

PENYERTAAN
Sebanyak 16 Institusi Pengajian Tinggi akan mengambil bahagian iaitu:
(i) Universiti Malaya
(ii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(iii) Universiti Pendidikan Sultan Idris
(iv) Universiti Utara Malaysia
(v) Universiti Teknologi Malaysia
(vi) Universiti Teknologi MARA
(vii) Universiti Putra Malaysia
(viii) Institut Perguruan Islam Selangor
(ix) Universiti Islam Antarabangsa
(x) Universiti Kebangsaan Malaysia
(xi) Universiti Darul Iman
(xii) Universiti Sains Malaysia
(xiii) Universiti Sains Islam Malaysia
(xiv) Universiti Malaysia Sabah
(xv) Universiti Multimedia Malaysia
(xvi) Universiti Teknologi Petronas

Pusingan pertama dan kedua pertandingan debat ini akan diadakan pada 12 dan 13 Januari 2009, manakala pusingan suku akhir, pada 14 Januari 2009. Pertandingan separuh akhir akan diadakan pada 15 Januari 2009.

TAJUK DEBAT
Antara tajuk debat pada 12 Januari 2009 ialah:

(i) "Penerokaan Tanah Untuk Biofuel Merugikan Negara".
(ii) "Kuota 30 Peratus Wanita Pembuat Dasar di Malaysia Tidak Berpijak di Bumi Nyata".
(iii) "Budaya Internet Menghakis Pemikiran Kritis".
(iv) "Kebebasan Penulis Blog Bukti Kebebasan Bersuara".


HADIAH
IKIM menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang meraih kemenangan iaitu:

(i) Johan : Wang tunai RM15,000.00, Geran berjumlah RM 10, 000.00 untuk kelab , Debat, Piala pusingan, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(ii) Naib Johan : Wang tunai RM10,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah @Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iii) Ketiga : Wang tunai RM5,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iv) Keempat : Wang tunai RM3,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(v) Pendebat Terbaik : Wang tunai RM2,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan Majalah I selama 6 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tewas cuba lagi pada tahun hadapan.

Laporan oleh : Editor Blog



Koleksi Gambar Pertandingan Akhir

Suasana pertandingan Akhir
Di antara orang ramai yang berkesempatan hadir

Pentas akhir dimulakan dengan aksi pendebat pertama UM, saudari Nor Izzati
Kelihatan saudara Zaini (USIM) memberikan hujah balas kepada pihak lawan.
Ketua Hakim meneliti setiap hujah yang disampaikan.
Penyokong USIM yang sempat bergambar bersama replika cek Naib Johan
Inilah barisan pendebat USIM yang beraksi di pentas akhir. Walaupun tewas namun tetap menerima dengan redha. Ternyata peminat-peminat debat menyebelahi mereka!
Saudara Ali Asyraf yang dinobatkan sebagai pendebat terbaik sedang ditemubual oleh wartawan.

IOC Melawat Kilang Sutera

IOC Dibawa Melawat Ke Kilang Membuat Sutera

Pada 14 Januari 2009, sebaik sahaja selesai ceramah di SM Teknik Kuala Terengganu berlangsung, saudara Syamsul telah di bawa melawat ke sebuah kilang membuat kain sutera di Jalan Lapangan terbang, Kuala Terengganu. Di sini saudara Syamsul telah berpeluang melihat sendiri bagaimana kain sutera ini dihasilkan dengan teknologi terkini.
kain-kain dicorakkan dengan menggunakan mesin berkomputer.
Pelbagai corak yang telah dihasilkan
Corak ini dianggarkan harga kilang pada kadar lebih kurang RM 600
Kain yang telah siap direndamkan di dalam air.
Kemudiannya direndam di dalam air yang menggelegak bagi menambah ketahanan kain.
Selepas itu kain-kain tersebut direndam di dalam air yang dicampur pelembut (softlan)

Laporan oleh : Editor Blog

IOC Terengganu Memulakan Rentak!!!

Intellectual Orator Consultant (IOC) Cawangan Terengganu memulakan langkahnya...

Alhamdulillah, IOC Cawangan Terengganu yang dikendalikan oleh Shahmi Mokhtar dan Borhan telah pun mula beroperasi dengan siri-siri program motivasi dengan jayanya. Saudara Syamsul (Eksekutif Pentadbiran IOC) sendiri telah dijemput untuk menyertai Program yang dikendalikan sebagai penceramah jemputan pada program yang mereka anjurkan. Baru-baru ini ketika saya berada di Kuala Terengganu, saya sendiri telah mengendalikan Bengkel Debat di Universiti Malaysia Terengganu pada 9 dan 10 Januari 2009. Di sana Syamsul berkesempatan memberikan motivasi serta menerangkan kepada ramai pendebat-pendebat baru UMT tentang seni perdebatan serta teknikal perdebatan yang perlu difahami. Bengkel ini diharapkan dapat menjadi langkah pemula kepada kecemerlangan debat di UMT.

Penasihat Kelab Debat Mahasiswa & Intelektual (DEMI) UMT, iaitu Puan Rozita menyatakan bahawa program-program seperti ini akan terus diadakan bagi memastikan pendebat-pendebat akan sentiasa mempertajamkan kemahiran dan bakat masing-masing agar dapat memberikan saingan di persada debat tanahair.
Saudara Syamsul berpeluang bergambar bersama sebahagian daripada peserta bengkel.
Selepas Sesi Bengkel Debat selesai, saya telah berpeluang untuk memberikan tunjuk ajar kepada lebih kurang 40 pelajar dari UMT dan Universiti Darul Iman (UDM) di dalam Kursus Pembinaan Personaliti Fasilitator. Menerusi program ini diharapkan pelajar-pelajar dapat memahami apa yang diperlukan untuk menjadi seorang fasilitator. Antara lain Syamsul berkongsi idea dengan mereka tentang apa sebenarnya yang perlu ada pada seorang fasilitator di samping berkongsi senjata untuk menjadi seorang fasilitator yang mampu meyakinkan dan seterusnya membimbing rakan-rakan lain agar lebih berjaya di dalam kesemua aspek yang diceburi. Kursus ini berlangsung pada 10 Januari 2009 dan dikelolakan sepenuhnya oleh Shahmi dan Borhan dan berlangsung di UDM. Tahniah dan syabas buat Shahmi dan Borhan di atas kejayaan IOC di sana!!

Kemudiannya pada 14 Januari 2009, Saudara Syamsul telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada lebih 500 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu berkaitan Motivasi Pendidikan. Kelihatannya IOC diterima baik di Kuala Terengganu. Malah, SM Teknik mengesahkan bahawa mereka akan mengatur program lagi dari masa ke semasa dan akan meminta bantuan IOC untuk mengendalikannya. Kecil Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan.!!! Sesungguhnya tugas untuk membina jatidiri anak-anak muda agar menjadi lapisan pewaris bangsa sememangnya menjadi keutamaan kami.

Kelihatan pelajar-pelajar yang mendengar ceramah dengan penuh fokus dan minat.
Syamsul menerima cenderahati daripada Penolong Kanan 1, Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

Setelah selesai ceramah di SM Teknik pada sebelah malamnya pula Saudara Syamsul dijemput pula untuk memembrikan motivasi dan galakan kepada pendebat-pendebat muda UDM. Di samping itu saudara Syamsul diminta berkongsi tips untuk memajukan lagi Kelab Debat UDM agar lebih mantap dan menarik minat lebih ramai ahli lagi.
Kelihatan Syamsul sedang bersungguh-sungguh berkongsi pengalaman bersama-sama Pendebat baru UDM

Sesungguhnya Kuala Terengganu memberikan banyak makna kepada IOC, dan sememangnya tidak dapat dinafikan IOC Cawangan Terengganu kelihatan bergerak dengan cukup aktif di sana. Semoga inisiatif dan prestasi ini akan dapat dikekalkan dari masa ke semasa, dan semoga IOC dapat diterima di seluruh negara sebagai penggerak modal insan yang pasti menjadi agenda utama negara.

Sekian dan terima kasih.

Ulasan oleh : Editor Blog



Khamis, 15 Januari 2009

Bingkisan Dari Kuala Terengganu - P036 - 15/01/2009

Pendedahan SURAT DAMAI Oleh Ezam. Masa Memperbetulkan Sejarah!!
15 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - PENDEDAHAN EZAM MENGENAI 'SURAT DAMAI' yang ditulis oleh anwar adalah satu peristiwa yang cukup serius. 'surat damai' yang ditulis oleh anwar pada malam 8 september 1998 dikhusus untuk dr mahathir sebenarnya membawa kita kepada beberapa perkara penting yang perlu untuk kita 'perbetulkan' semula kerana ia melibatkan sejarah dan maruah dr mahathir itu sendiri.surat damai' ini mengajak kita mengkaji semula persepsi sejarah, dosa fitnah yang kita percayai selama 11 tahun anwar terhadap dr mahathir !


Selama 11 tahun anwar ibrahim membawa hampir separuh bangsa melayu mempercayai bahawa tun mahathir itu pemimpin paling dahsyat sezalim Firaun mahupun Hitler. Pendedahan ezam tentang 'surat damai' ini samalah tarafnya dengan pembetulan semula sejarah akan fitnah syiah yang mengatakan Ali itulah yang sepatutnya menjadi Rasul terakhir bukannya Muhammad saw !


Semalam Ezam telah mendedahkan kesediaan Anwar bin Ibrahim untuk 'melutut di kaki' Tun Mahathir. Surat rahsia yang masih di simpan dan akan di edarkan di Kuala Terengganu itu sesungguhnya membuktikan akan beberapa point yang cukup penting, dan boleh dianggap sebagai 'pendedahan memperbetulkan semula sejarah' perhitungan antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sendiri.


- Anwar dipecat pada 2 September 1998.
- Anwar sempat mengadakan demonstrasi di seluruh negara selama 18 hari.
- Anwar ditangkap di rumahnya di Jalan Setia Murni 1 pada 20 september 1998.
- Anwar ditumbuk oleh Rahim Nor pada malam itu.


Dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja mendapati Rahim Nor bersalah..tetapi harus di ingat bahawa Rahim Nor dalam sesi soal siasat mendakwa Anwar memanggilnya 'BAPAK ANJING'.Kenapa Anwar memanggil Rahim Nor bapak anjing ?


Kerana insiden di Bukit Serene yang melibatkan seorang anggota polis di dera oleh pihak Istana dengan menyuruhnya menjaga pondok anjing di belakang istana. anwar sememangnya mengetahui akan pilu rasa hati rahim nor apabila anak buahnya diperlakukan sedemikian rupa. Maka dengan itu pada malam beliau ditahan BELIAU SENGAJA mem'provoke' Rahim Nor.


'Surat Damai' dalam ertikata umum yang cukup hangat diperkatakan ini membawa kita kepada persoalan yang cukup penting untuk diperbetulkan semula..


ANTARANYA


1) PERSEPSI TUDUHAN TUN MAHATHIR MENGATAKAN ANWAR PELIWAT SEMEMANGNYA BETUL BILA EZAM MENDEDAHKAN ANWAR IBRAHIM PADA 8 SEPT 1998 AWAL-AWAL LAGI SUDAH MEMOHON UNTUK 'BERDAMAI' SEMULA. KIRANYA TUDUHAN ITU TIDAK BERASAS DAN TIADA KREDIBILITI, MENGAPA ANWAR SANGGUP BERKAWAN SEMULA DENGAN TUN MAHATHIR SEDANGKAN TUDUHAN YANG DIKENAKAN ITU CUKUP SERIUS DAN MENGAIBKAN ?

2) TUDUHAN MENGATAKAN ANWAR AGEN ASING. 8 SEPTEMBER 1998 ANWAR SEDIA BERDAMAI. MAKNANYA DAKWAAN TUN MAHATHIR SEMEMANGNYA BETUL. ANWAR MEMANG BENAR AGEN ASING.

3) ANWAR AGEN SOROS. JIKA DAKWAAN INI BOHONG, KENAPA ANWAR SANGGUP BERDAMAI ?

4) SALAH GUNA KUASA OLEH ANWAR.

Siasatan yang berjaya membongkar situasi tegang pada waktu tersebut juga menguatkan lagi akan label Anwar sememangnya pada waktu itu (8 sept 98) TELAH MENGAKU SALAH ! Insiden Anwar cuba mencabar menteri dalam negeri pada waktu itu abdullah badawi dan secara tiba-tiba (8 Sept) Anwar menghentikan siri roadshow seluruh negara menguatkan akan hujah kandungan surat damai tersebut.

Begitulah adanya... kita menantikan apa pula respon yang bakal diberikan oleh DSAI selepas ini.....


Dilaporkan oleh :

Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail

Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia

Terrorist - www.chedet.com.cc

Tun Dr Mahathir Wrote About Terrorist TERRORIST

1. I was shocked when a reporter asked me why I regard the Israelis as terrorists when it is the Muslims who blow themselves up so as to kill children. The Israelis are apparently not considered to be terrorists despite daily reports with pictures of the women, children and babies who have been killed and wounded.
2. Do the suicide bombers deliberately target children? Would they kill children if they could kill Israeli soldiers? What is their objective in killing children? Is it because they know it would win them the war?
3. I have no liking for people who resort to killing by blowing themselves up. But they are not regular soldiers who can be protected by tanks and powerful bombardment before they shoot and kill their victims. In fact the regular soldiers of the Israeli forces need not expose themselves to any danger as they choose their targets. They can shoot missiles from far off. Yet there can be no doubt that civilians including children have been deliberately killed by them in much greater numbers than the suicide bombers have ever done.
4. For the suicide bombers, fear of being discovered before they could blow themselves up must be very real. They have to control themselves and appear calm and innocent as they seek the most effective time and place to blow themselves up. The tension must be great for they know soon they would be dead, killed by the explosives they were carrying.
5. To get close to Israeli soldiers would be a great feat. The soldiers would not allow Arabs to get near them knowing that they might be suicide bombers. Not being able to go back with the bomb unexploded the bombers must blow themselves up somewhere.
6. Have they all targeted children? I don't think so. The Western media is biased and are controlled by Jews. The Israelis do not allow foreign Press reporters to see them killing the people of Gaza and elsewhere. The reports of the suicide bombers targeting children came from the Israelis. Can we believe them? Do we get any pictures of children being killed like the pictures we see of children in Gaza being killed?
7. In any case we know that the number of Israelis killed by suicide bombers or Hamas rockets are nothing compared to the nearly 1,000 Gazans confirmed killed so far. Even the Red Cross and other international agencies have condemned Israeli atrocities.
8. Yes the suicide bombers are terrorists. But they have no other choice. They don't have bomber and fighter planes, tanks, guns, rockets and chemical weapons to fight their enemies.
9. The Israelis are terrorists by choice. They have been trained to kill using powerful weapons. We see them killing on television and in pictures in newspapers.
10. The whole world condemns Israeli attacks. It is strange that a Malaysian reporter should think it is all the fault of the people of Gaza and Hamas.
Dipetik dari : www.chedet.com.cc

Bingkisan Dari Kuala Terengganu - P036 - 14/01/2009


14 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - Dalam kepenatan baru tiba dari Kuala Lumpur terus ke K Terengganu, tak sampai pun 10 minit tiba di tempat ceramah, Ezam Mohd Nor tidak menghampakan hampir 1,000 hadirin yang datang mendengar ceramah sulungnya malam tadi…..Kemunculan Ezam yang amat dinanti-nantikan oleh pengundi di Kuala Terengganu menyaksikan satu lagi Pembongkaran Eksklusif tentang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim!Ezam telah berjaya menarik perhatian semua hadirin apabila mengulas tentang Isu 6 Kotak Dokumen Rasuah. Isu ini cuba dimainkan oleh beberapa pendekar pendekar tempang Anwar yang sanggup menjadi cicak mengkarung.

Ternyata permainan ini sudah memakan diri mereka sendiri.Selain berjaya menjelaskan keadaan sebenar bahawa Anwar yang menyimpan kesemua 6 Kotak Dokumen Rasuah, diamana Ezam telah pun memberikan kenyataan ini kepada pihak polis sewaktu siasatan keatasnya sekitar tahun 1999, lahir pula sebuah kisah mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim…..

Sebenarnya sewaktu saya berdua bersama Anwar berbincang mengenai 6 Kotak ini selepas beliau dipecat, Anwar telah memberikan satu arahan kepada saya, dan saya masih simpan rahsia tersebut sehingga ke hari ini..” kata Ezam “tidak ada seorang pun yang tahu apa yang Anwar arahkan untuk saya lakukan, dan saya masih ingat sampai ke hari ini, tarikh peristiwa tersebut..” tambah Ezam.“kalau kita semua masih ingat, 7 September 1998, Anwar telah menghentam Tun Mahathir dengan pelbagai kata-kata selepas beliau dipecat dari semua jawatan…"


Tetapi, keesokkan harinya, pada 8 September 1998, Anwar telah mengarahkan saya untuk membantunya berdamai dengan Tun Mahathir..” begitulah cerita Ezam malam tadi.

Sudah pasti Ezam masih ingat tarikh tersebut sebab pada hari yang sama, isterinya yang dikasihi telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak bungsu mereka, itulah kali pertama Ezam tidak berada disisi isterinya disaat menyambut kelahiran anaknya kerana mahu membantu bekas bossnya, Anwar Ibrahim.Inilah rupa manusia durjana bernama Anwar yang handal menari Kopi Dangdut memperdaya rakyat secara sembunyi, hari ini membakar semangat pengikut-pengikutnya kununnya lantang menentang Tun Mahathir tetapi keesokkan harinya mahu pergi menyembah kaki mantan Perdana Menteri itu…..Ezam diakhir ceramah mencabar Anwar untuk turun ke K Terengganu memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, itu pun sekiranya Anwar berani untuk berbuat demikian.

Setelah selesai berceramah, sewaktu ditanya oleh wartawan media apakah Ezam masih menyimpan bukti keatas tindakan serta arahan Anwar itu, Ezam mengakui bukti itu ada padanya, tetapi enggan menjelaskan secara terperinci kerana mahu tunggu jawapan Anwar Ibrahim terlebih dahulu...

Ternyata Ezam kini membuka gelanggang untuk bertarung dengan Anwar dan di waktu yang sama tidak akan melayan pendekar pendekar tempang tunggangan Anwar …. Rakyat K Terengganu bertuah kerana menjadi yang pertama mendengar rahsia selama 10 tahun disimpan oleh Ezam. Malam ini, 11 Januari, Ezam dan rakan rakannya akan sekali lagi berceramah di Perkarangan Rumah Flat Lama Blok C, Bukit Kecil yang berhampiran dengan pejabat Perhubungan PKR Terengganu.Sifir politik Anwar mahu membenam Ezam dengan mengarahkan barua baruanya untuk membangkitkan Isu 6 Kotak kini menjadi racun untuk beliau telan apabila rahsianya yang selama ini disimpan oleh Ezam sejak 8 September 1998 terbongkar…..

Apalah nasib Anwar, selepas Pembohongan 16 September, kini muncul Rahsia 8 September….. Para wartawan dari pelbagai media seperti Ntv7, RTM, The Star, Sinar dan lain lain telah menyerbu Ezam sebaik sahaja selesai berceramah untuk bertanyakan tentang pembongkaran terbaru Ezam keatas Anwar Ibrahim dalam kisah "Rahsia 8 September….."

(Jangan lupa esok saya akan menyiarkan laporan apabila selesai pendedahan dibuat oleh Saudara Ezam sebagaimana yang beliau janjikan)

Laporan disediakan oleh :

Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail

Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia

Rabu, 14 Januari 2009

Bingkisan Dari Kuala Terengganu - P036 - 14/01/2009

Suasana pagi di Kuala Terengganu yang damai dan tenteram.
14 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - Assalamualaikum buat semua, maaflah hari ini saya lewat menghantar berita.... apa pun jangan bimbang tidak banyak yang tersembunyi. Mungkin belum lagi. Sebabnya, keadaan di Bandar Kuala Terengganu ini masih lagi kekal tenang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Malam tadi Alhamdulillah, ceramah yang saya hadiri mendapat sambutan yang baik serta berlangsung dengan penuh semangat dan sokongan daripada penduduk persekitaran. Saya malam tadi ditugaskan oleh Penerangan UMNO Malaysia untuk berceramah di kawasan peti undi Batas Baru di dalam DUN Bandar.


Peti undi ini dikelolakan serta dinaungi oleh YB Dato Rosol Wahid (gambar) iaitu ADUN Ajil. Penceramah jemputan pada malam tadi ialah dimulakan dengan ceramah oleh Bekas Angkatan Muda Keadilan iaitu Saudara Azuandin Hamzah, diikuti oleh saya, kemudiannya Ustaz Baihaqi dan akhirnya digulung oleh Ustaz Azmi Mashar. Ceramah berlangsung dengan lancar dan tenang. Ceramah berakhir kira-kira jam 12.00 malam.

Hari ini, saya menaruh harapan kepada kemenangan Parti Pemerintah kini iaitu Barisan Nasional, bukanlah kerana ketaksuban kepada BN (jauh sekali) tetapi dek kerana memikirkan kestabilan serta betapa pentingnya kita bernaung di bawah sebuah Parti yang kuat agar agenda mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan aagama Islam akan terus terbela di bawah kerajaan BN yang nyata lebih cekap dan stabil di dalam mentadbir negara.


Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini amat penting sebagai bukti menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno. 'Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan Umno untuk bangkit daripada kekalahan di Permatang Pauh,' katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini tempoh hari.
Datuk Seri Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kemenangan yang bakal diraih oleh BN itu juga merupakan satu isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat memilih sebuah parti yang boleh membela hidup dan masa depan mereka. 'Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka,' katanya.Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail Razali, penyandang kerusi itu, pada 28 November lalu.

Sementara itu, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan kerajaan negeri Terengganu untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu dengan dana permulaan bernilai RM10 bilion. Menurutnya, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat kabinet kelmarin yang menggambarkan kerjasama erat kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu bagi menjamin masa depan rakyat negeri itu.

'Pada prinsipnya, cadangan ini telah pun diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat semalam,' katabeliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak enam bulan kedua 2008 di Stadium Negeri di sini. Pada majlis itu, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka' ujarnya lagi.

Sesungguhnya kemenangan di Kuala Terengganu ini bukan hanya menjadi kemenangan rakyat Kuala Terengganu tetapi juga kemenangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang pastinga menanti dengan penuh debar keputusan pilihanraya ini demi kelangsungan Parti Pemerintah negara iaitu.... Barisan Nasional.

Begitulah adanya......


Ulasan oleh



Syamsul Amri bin Hj Ismail

Penceramah Biro Penerangan UMNO

Malaysia






Isnin, 12 Januari 2009

Pandangan Tun Mengenai Airport Keempat di Labu


THE FOURTH AIRPORT



By Tun Dr. Mahathir Mohamad on January 12, 2009 4:59 PM



1. Now we know that the proposal to build a new airport at Labu is not a rumour. It is for real. Seems it is going to be a Private Financial Initiative - i.e. Government is not going to put up the money.



2. The site is 10 kilometers from KLIA. I had some experience of landing a small jet plane, so I can speak with a little knowledge. The approach speed of a big jet is between 300 to 400 kph. or it would cover the 10km in slightly less than 2 minutes.



3. The statement says that initially there would be no runway. That means the aircraft would land at KLIA.


4. Will the plane taxi 10km to Labu to disembark the passengers, pick up new passenger and then taxi 10km to the runway in KLIA to take off?



5. To do this it would need a special highway separated from other roads and highway. It would be interesting for the locals and tourists to see the huge planes taxiing 10km across the countryside.



6. Later a new runway would be built at Labu - must be at least 2km long - bringing it even nearer to KLIA. Wonder in which direction the plane will take off. What if a plane is landing or taking off from Sepang KLIA at the same time as as Labu. Only two minutes would separate the planes--not much time to take evasive action. I suppose planes taking off or landing simultaneously at KLIA and Labu must have great pilots and powerful engines to avoid accidents.




7. Remember that each airport would have its own control tower. Do they coordinate? I wonder.



8. May be it would be possible to bus the passengers from KLIA to Labu vis a vis if no runway is to be built in Labu. The Labu terminal would have to clear the incoming and outgoing passengers. So the KL passengers would to able to sightsee as the buses take them to Labu and then to KLIA. Coming back they would take the bus to Labu from KLIA and then to KL.



9. Since this is going to be a private financing initiative, the custom, immigration and other officers will all be paid by the operator of the new airport. No Government money involved. This would be the epitome of privatisation.



10. The land for the airport belongs to Sime Darby. So airport development and operation will be included in its portfolio.



11. Incidentally Sime Darby has also taken over the land at Telaga Harbour in Langkawi. LADA had to tell several potential developers to forget it. You do not mess around with Sime Darby. It is as good as Government.



12. Since I am the adviser to the Langkawi Development naturally my advice was not required.



13. Till today nothing has been done by Sime Darby to develop Telaga Harbour. There is a proposal to construct a floating platform for a museum in the harbor.



14. The turning basin for the mega yacht is already small. The floating platform would reduce the size of the harbor with the consequences that I need not mention.



15. I felt like shouting "Long Live Sime Darby!". It will become the biggest and most diversified of Malaysian corporations. We can all be very proud of it.


Dipetik dari Blog Tun Dr Mahathir di http://chedet.co.cc/chedetblog/