


Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini amat penting sebagai bukti menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno. 'Kita mesti menang sebab kita nak jadikan kemenangan ini sebagai satu titik permulaan BN dan Umno untuk bangkit daripada kekalahan di Permatang Pauh,' katanya ketika berucap pada majlis penutup Pemukiman Umno Terengganu dan pelancaran jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini tempoh hari.

Sementara itu, Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan kerajaan negeri Terengganu untuk menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu dengan dana permulaan bernilai RM10 bilion. Menurutnya, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat kabinet kelmarin yang menggambarkan kerjasama erat kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu bagi menjamin masa depan rakyat negeri itu.
'Pada prinsipnya, cadangan ini telah pun diluluskan oleh jemaah menteri pada mesyuarat semalam,' katabeliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak enam bulan kedua 2008 di Stadium Negeri di sini. Pada majlis itu, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Kita nak bagi isyarat yang jelas kepada negara dan satu dunia yang rakyat negara ini memilih BN sebagai parti mereka' ujarnya lagi.
Sesungguhnya kemenangan di Kuala Terengganu ini bukan hanya menjadi kemenangan rakyat Kuala Terengganu tetapi juga kemenangan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang pastinga menanti dengan penuh debar keputusan pilihanraya ini demi kelangsungan Parti Pemerintah negara iaitu.... Barisan Nasional.
Begitulah adanya......
Ulasan oleh
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Penceramah Biro Penerangan UMNO
Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan