Di sini, mari kita melihat apakah wajar tidakan FAM itu? Adakah dengan menghapuskan pemain import, pemain-pemain kita akan bermain lebih baik dan Liga Malaysia lebih berkualiti? Saya rasa, budak kecik pun boleh tahu jawapannya. Dengan mempunyai dua tiga kerat pemain import kita masih gagal, apatah lagi jika tidak ada langsung. Harus diingat, dari zaman liga semi pro sampai ke liga pro, FAM telah banyak pengalaman, mengapa tidak mahu belajar dari pengalaman? Pernah satu ketika pemain import diharamkan dan kemudian diadakan semula. Mengapakah pendirian seperti tidak stabil ini ada pada minda FAM? Tidakkah FAM tahu apakah akibatnya jika pemain-pemain import diharamkan. Apakan akan jadi pada populariti Liga Malaysia dan juga yang lebih penting, apa akan jadi pada mutu bolasepak Malaysia?
Persoalan yang perlu kita dan FAM teliti iaitu mengapakah kita perlukan pemain import? Bolehkan FAM menjawab soalan ini. Tentulah boleh, tetapi mungkin jawapannya salah, sebab itu semua pemain import mereka cantas!!!
Mari kita jawab soalan ini dari sudut yang lebih kritis, berani dan bersemangat untuk berubah. FAM bukan saja perlukan wang, tetapi juga perlukan keberanian untuk berubah. Jika kita lihat liga-liga di dunia ini, tiada liga utama yang tidak mempunyai pemain import. Tidak payah kita pergi jauh-jauh, kita negara dikeliling kita, dipenuhi dengan awang-awang import. Adakah mereka bodoh kerana mengambil pemain import? Kelab England, Chelsea misalnya pemain-pemain utama dibarisi hampir 100% permain import, mengapakah FA England membenarkan mereka buat begitu? Jawapannya ialah untuk kualiti Liga, untuk duit dan untuk pembangunan teknologi bolasepak untuk negara England sendiri.
Sememangnya, kebanyakan negara-negara Eropah, meraka sentiasa berusaha kearah KUALITI Liga, kekayaan Liga dan pembangunan teknologi bolasepak negara masing-masing.
Mengapa FAM tidak berani untuk berusaha seperti mereka? Jika kita dilihat, rata-rata negara yang membuka pintu untuk pemain-pemain import mempunyai mutu permainan bolasepak yang tinggi dari segi taktikal dan minda pemain-pemainnya. Bahkan England, antara pasukan paling kuat di Eropah, walaupaun gagal ke Euro 2008, mempunyai mutu permainan bolasepak yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Asia yang lain seperti kita. Mereka memiliki ramai bintang bertaraf dunia seperi Ashely Cole, Stevan Gerrad, Wayne Rooney dan berpuluh-puluh orang lagi. Cuba kita ambil pasukan utama England lawan pasukan kebangsaan, saya rasa tak ada kaki judi yang sanggup bertaruh untuk kemenangan Malaysia.
Jadi disini, timbul persoalan, bagaimana mana pemain-pemain import boleh membantu meningkatkan mutu bolasepak sesebuah negara itu?benarkah dengan adanya pemain import, maka p emain-pemain tempatan akan bertaraf dunia?
Jawapannya ialah 'YA'
Hujahnya ialah kerana kita mahukan seorang pemain bola bertahap dunia, bukan pemain bola bertahap kampung. Tetapi dengan tiadanya permain-pemain import, maka akan lahirlah lebih ramai pemain-pemain tempatan bertahap kampung. Bagi saya, sepatutnya FAM perlu lebih berani, dengan membenarkan lebih ramai pemain import bertaraf dunia beraksi apabila melihat kurangnya pemain-pemain tempatan yang menyinar di dalam Liga Super, kerana kualiti Liga Super amat penting dan perlu dijaga. Jika kualiti Liga Super dipandang remeh oleh FAM maka, Liga Super akan terus bertaraf kampung dan pemain-pemain kita bagai bermain di padang-padang sekolah. Mereka tidak akan ada corak atau skill permainan yang baru apatah lagi berminda profesional.
Untuk memudahkan FAM memahaminya ialah sebagai contoh, cuba kita ambil sebuah pasukan Liga Super, maka di dalam sesuatu skuad utama liga super tersebut mempunyai 3 pemain import dan 9 orang pemain tempatan yang hanya bertaraf kampung, bagi saya adalah lebih baik jika pasukan tersebut mempunyai 9 pemain import tetapi 3 orang pemain tempatan tetapi bertaraf dunia. Kerana tiga pemain tempatan tersebut mempunyai kualiti dunia dan telah berusaha keras untuk bermain di dalam Liga Super. Maka tiga pemain tempatan inilah yang yang bakal mewarnai skuad kebangsaan negara. Jika setiap pasukan ada satu atau dua pemain tempatan sahaja dan jika dikumpul-kumpulkan maka kita akan mempuanyai satu skuad kebangsaaan yang gah dan bertaraf dunia.
Tetapi jika kita masih mengenakan quota untuk pemain import bahkan lebih buruk lagi menghapuskan terus pemain import, maka akan lahirlah pemain-pemain bola yang tidak boleh bermain bola tetapi dibenarkan bermain bola. Sebabnya ialah "itu sajalah yang terbaik yang kita ada". Maka semakin loya dan sakitlah mata dan hati peminat-peminat bola, melihat Liga Malaysia khususnya Liga Super, kerana didominasi oleh pemain-pemain 'kaki bangku'. Maka akan wujudlah pula ramai 'star kampung' dalam Liga Super. Apa itu 'star kampung'? 'star kampung', ialah mereka bagitu gah dan hebat bemain bola dinegara sendiri, tetapi bila masuk kegelanggang antarabangsa hancur dan tenggelam. Adakah 'star kampung' ini benar-benar hebat? hakikatnya mereka ini tidak hebat, mereka nampak hebat kerana pemain-pemain disekelingnya semuanya bertahap 'kaki bangku'. Bukti telah jelas, iaitu, setakat ini tidak ada pengurus pasukan terkenal dunia yang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, yang memuji kehebatan 'star-star kampung' ini.
Apa perlu FAM buat? Pendapat saya, FAM kena berani membuat REVOLUSI dalam LIGA SUPER. Sudah sampai masanya FAM misti melihat bola sebagai satu bisnes yang mampu menarik berjuta-juta penonton ke stadium. FAM tidak perlu lagi bersikap 'sentimental' dan bersemangat nasionalis sempit khasnya dalam mencorak perjalanan Liga Super. Harus diingat, bolasepak moden bukan semata-mata untuk bertujuan nasionalis tetapi lebih pada komersial dan bersifat industri. Bahkan dalam bidang-bidang lain juga, sebagai contoh bidang kedoktoran, kita kekurangan doktor pakar dan kita import doktor. Adakah dengan mengimport doktor kita kurang semangat nasionalnya?
Satu lagi, janganlah sesekali menjadikan Liga Super sebagai tempat atau medan untuk melatih pemain-pemain tempatan. Tidak ada liga bertaraf profosional didunia ini menjadikan pentas-pentas liga utama mereka sebagai gelanggang latihan. Pendapat saya, jika perlukan juga medan latihan, jadikan Liga Perdana atau Pila Presiden atau liga Negeri-negeri sebagai medan untuk rakyat Malaysia berlatih. Dari sana nanti, mereka kan berusaha keras mencapai taraf dunia untuk menempatkan diri dalam Liga Super atau dibeli oleh pasukan-pasukan dari Liga Super. Maka akan wujudnya sikap berusah keras untuk menjadi pemain berkualiti dunia. Kita misti terima hakikat jika sesebuah skuad utama Liga Super itu dibarisi oleh semua pemain-pemain import, tetapi saya rasa perkara ini tidak akan terjadi kerana sudah tentu pemain-pemain Malaysia akan rasa tercabar dan mahu menempatkan diri dalam Liga Super untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan.
Satu lagi yang perlu FAM perlu fikirkan dan buat pilihan ialah antara membiarkan kualiti Liga Super jatuh atau menghalalkan pemain import. Bagi saya, hanya orang yang 'benggap' saja sanggup membiarkan kualiti Liga Super jatuh. Jadi, bukalah pintu liga super seluas-luas untuk pemain-pemain bertaraf dunia dan profesional sahaja. Maka akan lahirlah pemain-pemain tempatan yang berusaha keras untuk menjadi pemain bertaraf dunia kerana ingin bermain di dalam Liga Super. Jika Liga Super ini diprofesionalkan disetiap sudut termasuk pengurusan, maka kita akan boleh melahirkan lebih ramai pemain tempatan bertaraf dunia.
Maka, cara paling praktikal dan berani untuk FAM ialah membuat satu REVOLUSI BOLASEPAK iaitu SWSTAKAN LIGA SUPER 'SEPENUHNYA', kerana kita mahu melihat Liga Super bertaraf dunia seperti liga-liga dunia yang lain. Kita tidak mahu melihat Liga Super tercalar dengan sentimen nasionalis sempit, atau ayat mudahnya ialah, "tak pandai main bola tak apa, asalkan mereka anak-anak tempatan".
Walaupun pandangan saya ini kasar, melampau dan extrime bahkan kelihatan tidak bersifat nasional, tetapi sebagai peminat dan sayangkan bola Malaysia, saya berhak memberi pendapat. Kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu berani berubah. Sanggup menerima revolusi bolasepak dari kacamata yang lebih global. Kita juga janganlah terlalu sesikap nasionalis sempit dalam usaha untuk menaikkan kualiti Liga Super. Jika kita hanya melihat bola dari sudut stadium Bukit Jalil sahaja, maka pemain kita juga akan hanya pandai bermain di Bukit Jalil tetapi dipentas antarabangsa terus diaibkan.
Bagi saya, bukan saja Malaysia perlukan Revolusi bolasepak seperti ini, bahkan negara-negara Asia yang lain juga perlu berani membuka pintu untuk pemain-pemain import, jika mahukan liga-liga Asia sama gah dengan Liga-liga Eropah yang lain.
Ayuh rakyat Malaysia, mari kita buat Revolusi bolasepak, ayuh FAM, SWASTAKAN Liga Super, kita buka seluas-luasnya ruang untuk pemain-pemain bertaraf dunia samada dari dalam atau luar negara. Kita jadikan Liga Super setanding EPL. Jangan terperanjat, jika Chritiano Ronaldo, sain kontrak bermain untuk pasukan Kedah!!! dan jangan terperanjat juga ada pemain-pemain Malaysia di beli oleh kelab-kelab ternama Eropah. Maka, stadium-stadium kita akan sentiasa penuh. Pasukan-pasukan negeri semakin kaya dan glamour, penaja melambak-lambak, pemain-pemain kita yang bertaraf dunia dan gigih bersaing semakin ramai. Pendapatan pemain-pemain kita semakin lumayan. Bolasepak kita makin gemailang dan terkenal dan kita akan mampu melahirkan ramai pemain-pemain tempatan bertaraf dunia. Kita pasti boleh beraksi di final Piala Dunia suatu hari nanti...
MARI KITA JAYAKAN REVOLUSI BOLA SEPAK DAN MENDESAK FAM MENSWASTAKAN LIGA SUPER SEPENUHNYA
KAMI BERANI BERUBAH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan