Isnin, 22 Februari 2016

Ceramah Motivasi "Integriti Perkhidmatan Awam" bertempat di SPRM Seremban


22 Februari 2016, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam telah dianjurkan oleh Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan. Program ini diadakan khusus buat para penjawat awam dari pelbagai jabatan dari seluruh Negeri Sembilan. Program ini telah berlangsung di Dewan Seminar Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Integriti Perkhidmatan Awam" dan "Peranan Akujanji Perkhidmatan Awam".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR