Ahad, 31 Januari 2010

Hina Raja: penulis Blog, Aduka Taruna Didakwa

Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.
.
Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
.
Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.
.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
.
Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.
.
Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin. Khairul Nizam kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah.Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
.
.
.
Dipetik daripada : www.malaysiakini.com

Aduh! Aduka Taruna.....

Ramai juga yang bertanya, apakah sebenarnya halatuju pemikiran si Aduka Taruna ini. Saya kongsikan sedikit, di antara hasil penulisan AT untuk anda semua nilaikan tahap dan gaya pemahaman Aduka Taruna tentang isu yang diketengahkan oleh beliau...
.
Pemahaman AT yang dikongsikan beliau bersama pembaca amat-amat merbahaya sifatnya dan dibimbangi boleh tersebar ke serata negara dan diangkat pula menjadi satu pegangan yang salah oleh mereka yang tidak kukuh pendirian agamanya. Puas juga mencari di mana boleh di kita me'rasional'kan bentuk pemikiran sedemikian. Apakah ada jalan untuk mewajarkan atau memaafkan kata-kata terlampau AdukaTaruna terhadap isteri Rasulullah s.a.w., sahabatnya r.a. dan mazhab-mazhab dalam Islam? Saya cuba untuk mentakwil dan memahaminya, tapi tidak mampu. Ia tetap sukar untuk dimaafkan.
.
Saya petik dari sumber aslinya. Anda ada akal. Anda baca dan nilai sendiri. Saya mengucap panjang sepanjang membacanya.
.
Itu apa yang saya lihat. Anda sendiri bagaimana?
.
....................................................................................................
PETIKAN DARIPADA BLOG ADUKA TARUNA
....................................................................................................
.
Wahabi Perlis
Oleh : AdukaTaruna
.
Gua bukanlah dari bidang agama. Maka, lebih elokla lu tapis sendiri. Cuma blog gua, suka hati gualah nak cakap fahaman gua. Ada masa gua balun, ada masa gua kena balun.
.
Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.
.
Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..
.
Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di dunia.
.
Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.
.
Sumber:
http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/wahabi-perlis.html
--------------------------------------
.
Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna
.
Wujudnya aliran mahzab ini ialah keupayaan mentafsirkan bahan mentah berbeza-beza oleh manusia. Keupayaan dan hasil tafsir ada banyak pembolehubah. Pertama genetik, seterusnya budaya, emosi ketika tafsiran itu dibuat, persekitaran kehendak dan politik ketika tafsiran dibuat dan sebagainya.
.
Maka, guru yang berkarisma akan menjadi tokoh. Tokoh akan mempunyai pengikut. Kedua elemen ini akan membentuk mazhab. Keupayaan satu-satu mazhab mengembangkan fahaman mereka adalah pembolehubah kepada besr atau kecilnya mereka. Gua ulang balik, mazhab adalah Islam 3rd party. Mazhab adalah hasil tafsir kepada bahan mentah; yakni Al-Quran, hadis dan sunnah.
.
Cuma masalahnya, kenapa harus bangang menjadikan tafsiran 3rd party sebagai bahan mentah? Bahan mentah kita ialah Al-Quran, hadis dan sunnah. Dan diimbangi oleh pendapat mazhab sebagai rujukan. Kita sendiri yang perlu tafsir bahan mentah. Kemudian ambil mana-mana tafsiran yang paling kukuh, paling sesuai dengan keupayaan diri dari 3rd party.
.
Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket.
.
Contoh. Bahan mentah ialah perkataan SUNNAH. Pada gua, sunnah ialah KETETAPAN. Sunnah Allah adalah ketetapan Allah. Sunnah Nabi adalah keketapan Nabi (juga dari wahyu Allah). Sunnah Allah adalah berpusingnya bumi, siang malam. Ketetapan. Ketetapan Allah, setiap yang terjadi ada sebab. Ketetapan Nabi ialah cara-cara, prosedur, law yang ditunjukkan nabi.
.
Tapi masuk bab ulama, terutama Melayu nih, sunnah Nabi ialah full set total kehidupan nabi. Punya stupid. Pakai serban sunnah Nabi. Itu bukan ketetapan yang Nabi wartakan. Abu Jahal mabok todi pun pakai serban. Kayu sugi bukan ketetapan. Ketetapannya ialah menggosok gigi.
.
Sentuh kulit isteri batal wuduk. Sentuh taik tak plak batal wuduk. Apa kejadah sungguh la pendapat Shafie. Pendapatnya tu apa kejadah, bukan imannya. Bahan mentah cakap apa? Nak ikut bahan mentah dulu atau 3rd party dulu? Dia suruh gua campakkan ke dinding, ni gua campakkan la nih. Gentle punya campak kasi Melayu berfikir sket. Anjing kalau sentuh kena samak. Kesian gua tgk anjing tuh.
.
Lu nak ikut Shafie buleh beb. Lu ikut la total sampai ke mati. Takda masalah. Tapi kebebasan hujah lu kena telan lah. Gua ingat kalau Shafie masih ada skang, dia pun banyak tafsiran sendiri yang nak dimansuhkan tu.
.
Muawiyah + Aishah plak.
.
Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.
.
Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga.
.
Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.
.
"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."
What the fuck? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.
.
Kalau sentuh taik, wuduk sah. Tapi solat tidak sah. Kan ke ada pengasingan tajuk tu. Wuduk sah, tidak batal. Tapi masuk bab solat, tidak sah. Kalau ada pengasingan tajuk, apa kes hanya kerana hanya status elite Aishah dia melanggar segala pengasingan tajuk? Bangang tetap bangang la bhai... salah tetap salah la bhai.... kalau mencuri, potong jer tangan dia. Peduli apa dia isteri nabi atau tidak, anak nabi atau tidak.
.
Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.
.
Boleh plak ulama tukar2 bila kena tang batang hidung Aishah. Lepas tu lu suruh gua follow mazhab secara mutlak. Islam 3rd party. Skang lu nampak tak kenapa gua buat N3 Aishah dalam N3 mazhab?
.
Dalam tajuk; Muamiyah + Aishah bangang tukil. Penyebab kepada perpecahan, punca kematian ratus ribu muslim di jalan sia-sia, punca jutaan anak-anak muslim hilang bapa, punca puluh ribu institusi muslim diambang kekafiran, punca puluh ribu muslimah menjada dan menderita.
Dan mazhab boleh bersatu mengubahsuai Islam demi kepentingan elite tertentu. Noktah.
.
AdukaTaruna
Sumber:
http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/sembang-mazhab.html
-----------------------------
.
Aishah R.A bangang dalam tajuk
Oleh : AdukaTaruna
.
Kerana status elite, Aishah mendapat standard berbeza dari Islam. Aishah wanita biasa. Kalau dia tak kawin dengan Nabi, dia adalah nothing. Seumpama Rosmah tak kawin dengan Najib. Melenting? Tapi fakta tetap fakta. Melenting tidak dapat mengubah fakta.
.
Aishah ditakdirkan dan dipilih Allah menjadi isteri Nabi Muhammad saw. Tapi Aishah tidak ditakdirkan Allah bijak dan tepat dalam setiap bidang seperti suaminya. Silap tetap silap. Bangang tetap bangang.
.
Antara Aishah yang tiada darah nabi-nabi, lebih mulia Qabil kerana Qabil adalah darah syurga, darah Adam, darah Hawa, darah makanan syurga, darah udara syurga. Namun, Qabil tetap bangang apabila apabila membunuh satu jiwa.
.
Jika Qabil yang berdarah Nabi tetap bangang, Aishah berjuta kali lebih bangang (dalam tajuk) kerana penyebab kematian ratus ribu jiwa. Sudahlah tiada pertalian darah, malah menjahamkan banyak nyawa, banyak institusi keluarga. Owh.. lupa. Kerana Aishah kerabat diraja Pahang, maka, askarnya syahid, dan askar kerabat diraja N9 yang diperanginya juga syahid.
.
What the fuck is that? Ini bahan mentah atau 3rd party ulama? Tentera Ulama Mazhab Hanafi berperang dengan tentera Ulama Mazhab Shafie. Dan Ostad level bawah ulama segan campur pening kepala ambil jalan mudah.
.
"Kedua-dua mereka benar. Tapi tentera Shafie hampir kepada kebenaran. Tentera yang terbunuh dari kedua-dua belah pihak mati syahid. Ijtihad Aishah dapat 1 pahala, ijtihad Ali dapat 1 pahala. Ijtihad ana kepada ijtihad mereka dapat 2 pahala."
.
What the hell is this? Salah tajuk A, tetap salah tajuk A. Islam itu tinggi. Bangang tetap bangang.
"Jangan hina sahabat nabi. Ini hadis sahih. Ini bahan mentah."
.
Yess, hadis itu bahan mentah. Tapi bila lu cedok bahan mentah tu dan hidangkan kat gua dalam tajuk perbahasan ini, dia sudah menjadi 3rd party. Apa takrifan hina? Sekor pemuda angkat pedang untuk luruskan khalifah tu bukan menghina?
.
Aishah angkat pedang memerangi Ali bukan menghina sahabat nabi? Atau hadis itu Nabi ada letakkan nota kaki yang menjelaskan kecuali sesama sahabat dan isteri gua, maka tidak jatuh takrifan menghina?
.
Kalau Aishah dan Muawiyah hina Ali dengan mengatakan Ali lembab, pemalas, perut boroi, bodoh tukil, at least tak sia-sia mati tentera. Ini bukan tahap hina dengan lidah lagi, tapi hina dengan senjata.
.
Kita skang dalam tajuk. So, bangang dan bangsat dalam tajuk. Gua tak pertikai keahlian syurga dan gua tak bahaskan langsung antara diorang dengan gua, siapa ahli syurga. Fakta beb, fakta.
"Lu dapatkan bahan mentah dulu, sebelum kutuk Aishah, aduka."
.
Lu bawakan kepada gua, bahan mentah yang membuktikan sebenarnya Muawiyah dan Aishah itu benar. Diorang tak terlibat langsung. Tapi ada rupa macam saya, suara macam saya, tapi bukan saya.
.
Jadi la makmum yang baik wahai Muawiyah dan Aishah... Jika mazhab dan ulama tidak berani menyatakan salah kepada anda, hari ini gua mengatakan anda berdua adalah salah. 2-2 pihak salah, tapi lu berdua lebih dasyat dari salah. Qabil bunuh satu jiwa, dia salah. Aishah dan Muawiyah bunuh ratus ribu jiwa, dia bangang.
.
.
.
Demikianlah adanya... dipulangkan kepada anda untuk penilaian selanjutnya....
.
.
.
.
Oleh : Presiden ADAM

Isu Kalimah Allah. Adakah Semudah Itu "Allah" Diertikan Sebagai GOD?

Umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah seakan dipermainkan. Kalimah Allah yang termaktub berulang kali di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar sebagai ism al-zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah SWT yang Maha Agung.
.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan bahawa nama Allah itu bersifat menyeluruh. Oleh itu dengan nama tersebut disandarkan seluruh nama-nama-Nya (al-Asma’ al-Husna) yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf ayat 180: “Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”.
.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah agama juga mendakwa kalimah Allah sebagai panggilan kepada nama tuhan mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan di dalam agama Islam. Malah al-Qur’an sendiri pernah merakamkan konflik ini sebagai iktibar dan pengajaran buat umat Islam dan bukan Islam.
.
Sebagai contoh, ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu. Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang perihal turunnya ayat ini. Berkata ‘Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak Allah. Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan. Orang musyrikin pula mengatakan: Kami menyembah berhala. Lalu Allah SWT menurunkan ke atas Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.
.
Tidak mengira apa jua agama, sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenal siapa itu Allah? Apakah makna sebenar di sebalik nama itu? Jika itu semua tidak diketahui dan dimengerti, maka mereka sekali-kali tidak layak untuk menggunakan kalimah Allah.
.
Bagi membincangkan lebih lanjut isu ini, saya bentangkan di sini hujjah-hujjah yang menjelaskan apakah sebenarnya hakikat kalimah Allah SWT menurut pemikiran dan aqidah Islam. Apakah signifikannya Allah SWT menjadikan kalimah tersebut sebagai merujuk kepada zat-Nya Yang Maha Agung?
.
Kalimah Allah menurut satu pendapat yang lemah ialah kata nama yang kaku (jamid). Iaitu bukan berbentuk kata terbitan yang berasal daripada kata dasar tertentu. Ini kerana sesuatu kata terbitan mesti mempunyai akar perkataannya yang tertentu. Sedangkan nama Allah SWT itu bersifat sediakala (qadim). Qadim pula ialah sesuatu yang tidak mempunyai unsur asas atau asal. Ia menyerupai kesemua kata-kata nama khas yang tidak mempunyai asal tertentu serta tidak mempunyai sebarang maksud di sebalik penamaannya.
.
Bagaimanapun pendapat yang benar, kata nama Allah itu ialah kata terbitan yang mempunyai kata dasar tertentu. Namun para ulama berbeza pandangan tentang asal kalimah Allah tersebut. Pendapat yang tepat ia berasal daripada kalimah alahaya’lahu-uluhatan-ilahatan-ilahiyyatan Ia membawa maksud ‘abada-‘ibadatan iaitu menyembah dan penyembahan. Daripada timbangan (wazan) ini lahirnya kalimah ilah yang bermaksud ma’luh iaitu “yang disembah” (ma‘bud).
.
Berasaskan pendapat ini, Ibn ‘Abbas r.a. pernah berkata: “Allah yang memiliki (sifat) ketuhanan (al-ilahiyyah) dan kehambaan (al-‘ubudiyyah) ke atas seluruh makhluk-Nya”.
.
Di kalangan ahli nahu Arab termasyhur juga berpandangan sedemikian. Misalnya al-Kisa’i dan al-Farra’ mengatakan kalimah Allah itu berasal daripada kata al-ilah. Kemudian mereka membuang huruf hamzah dan menggabungkan (idgham) huruf lam yang pertama ke dalam huruf lam yang kedua. Kemudian terbentuk satu lam yang disabdukan (tasydid) dan dibaca dengan tebal dan berat.
.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula berkata: “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang mempunyai asal, di mana asal katanya ialah al-ilah. Ini sebagaimana pendapat ahli bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang berpendapat meragukan (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakup seluruh makna al-Asma’ al-Husna dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi."
.
Orang yang mengatakan bahawa ia adalah kata terbitan, mereka mahu menunjukkan kalimah Allah itu mengandungi makna sifat bagi Allah SWT. Iaitu alilahiyyah (ketuhanan) sebagaimana al-Asma’ al-Husna yang lainnya seperti al-Basir (Maha Melihat), al-Sami‘ (Maha Mendengar), al-Qadir (Maha Berkuasa), al-‘Alim (Maha Mengetahui) dan sebagainya.
.
Tidak diragukan lagi bahawa nama-nama ini merupakan terbitan daripada kata dasarnya sedangkan nama-nama tersebut kekal bersifat qadim. Maksud nama-nama tersebut ialah kata terbitan, iaitu dari segi lafaz dan maknanya yang bertemu dengan kata-kata dasarnya. Bukan bererti nama atau sifat itu lahir seumpama lahirnya cabang daripada asal. Penamaan ahli nahu terhadap kata dasar dan kata terbitan itu dengan asal dan cabang bukan bermaksud salah satu daripada keduanya lahir daripada yang lain, tetapi ia memberi makna salah satu daripada keduanya mengandungi yang lain malah terdapat penambahan.
.
Abu Ja’far ibn Jarir pula mengatakan: “Lafaz Allah itu berasal daripada kata al-ilah. Kemudian hamzahnya yang merupakan fa’ al-ism (iaitu sebutan dalam ilmu saraf bagi hamzah yang ada pada kata ilah, kerana wazan atau timbangan kata ilah adalah fi‘alun) digugurkan atau dibuang. Kemudian huruf lam yang merupakan ‘ain al-ism bertemu dengan lam tambahan yang barisnya mati, lalu masing-masing digabungkan kepada yang lain."
.
Maka kedua-duanya menjadi satu lam yang disabdukan. Manakala takwilan (tafsiran) kalimah Allah pula ianya berasaskan apa yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawa “Dia lah (Allah) yang mempertuhankan-Nya segala sesuatu (ya’lahuhu kullu syai’in), dan yang disembahi oleh seluruh makhluk (ya‘buduhu kullu khalqin)”.
.
Diriwayatkan juga sebuah hadith daripada Abu Sa‘id secara marfu‘: “Bahawa Isa diserahkan oleh ibunya kepada seorang pengajar agar dapat mengajarnya menulis. Lalu si pengajar berkata kepadanya: Tulislah dengan nama Allah. Isa berkata: Tahukah kamu siapa itu Allah? Allah ialah Tuhan bagi segala yang dipertuhankan”.
.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam menerangkan keistimewaan nama Allah menyebut: “Nama yang mulia ini memiliki sepuluh karakteristik lafaz…tentang karateristik maknawinya, makhluk Allah yang paling berilmu, iaitu Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak dapat memuji Engkau sepenuh dan sesempurna yang semestinya. Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu (selesai sabda)."
.
Ibn Qayyim kemudiannya menjelaskan lagi bahawa penamaan Allah itu menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan, pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan musibah yang menimpa.
.
Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Ia bukanlah satu kalimah yang sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata. Sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah atau agama bagi orang yang menggunakannya. Oleh itu penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara oleh kerajaan demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama Yang Maha Agung itu.
.
Oleh itu keputusan kerajaan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bukan Islam, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006 adalah amat bertepatan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan Pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.
.
.
.
Harap Artikel ini dapat membantu semua menilai semua setiap asas pandangan dan pertimbangan berkaitan isu ini.
.
Disediakan oleh:
.
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Melayu Malaysia (ADAM)

Jumaat, 29 Januari 2010

Seminar di UDM : "Pengucapan Awam"

29 Januari 2010, Kuala Terengganu - Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, telah dijemput untuk menyampaikan seminar bertempat di Universiti Darul Iman (UDM), di Kuala Terengganu. Beliau diminta menyampaikan ceramah berkaitan teknik "Pengucapan Awam" dan "Teknik Temuduga" khusus untuk para pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di sana. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC).
.
Saudara Syamsul memulakan ceramah seawal jam 8.30 pagi dengan tajuk "Pengucapan Awam". Ceramah beliau berhenti rehat seketika pada jam 10.30 pagi untuk minum pagi dan bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan tajuk seterusnya iaitu "Teknik Temuduga". Ceramah beliau berakhir tepat jam 1.00 petang.
.
Saudara Borhan, ketika di dalam ucapan alu-aluannya berkata; "Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada En. Syamsul yang telah sudi meluangkan masa bersama pelajar di sini walaupun dibebani komitmen yang besar dengan tugas hakiki beliau sebagai Pengarah Undang-Undang. Adalah diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan setiap ilmu dan panduan yang dicurahkan oleh En. Syamsul di dalam slot ceramah pada hari ini".
.
Suasana di Dewan ceramah ini, sentiasa hangat dengan kisah dan huraian yang menarik oleh Sdr. Syamsul yang cukup keratif di dalam teknik penyampaiannya. Adalah didoakan kepada semua peserta agar selamat maju jaya di dalam pelajaran serta kerjaya yang bakal ditempuh pada masa akan datang.
.
Pelajar yang telah bersedia awal di tempat ceramah
Pengacara majlis mendapatkan biodata Saudara Syamsul
Masih ada yang baru sampai
Pelajar-pelajar mendaftarkan kehadiran sebelum masuk ke tempat ceramah
Ramai yang hadir menunjukkan komitmen meskipun hari cuti
Wajah-wajah sebelum ceramah bermula
Suasana ceria di dalam bilik ceramah
Lagi wajah ceria yang sempat dirakamkan
Macam-macam gaya
Saudara Syamsul memulakan sesi dengan tajuk "Pengucapan Awam"
Lebih daripada 100 pelajar yang hadir
Pelajar yang hadir nyata berminat dengan topik yang disampaikan
Suasana dari belakang bilik ceramah
Menunjukkan statistik perkara yang paling ditakuti termasuklah bercakap di khalayak ramai
Pelajar lelaki yang hadir untuk mendapatkan input-input baru
Saudara Borhan, berdiri di belakang sekali meninjau reaksi para pelajar yang hadir mendengar
Pelajar ternyata terhibur dengan ceramah yang disampaikan
Tidak kering gusi nampaknya para peserta yang tidak mengantuk di sepanjang program berlangsung
Peluang seperti ini tidak dilepaskan oleh pelajar walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti
Saudara Borhan di belakang bersama En. Amirudin dan Miss Kamalia
Turut sama mendengar dengan fokus dan tekun
Saudara Syamsul langsung tidak menampakkan tanda keletihan walaupun ceramah sudah masuk jam yang kedua
Pelajar nyata ceria di pagi Jumaat ini
En Amirudin dan Miss Kamalia langsung tidak berganjak dari tempat duduk sejak dari permulaan program
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Seminar di UDM : "Teknik Temuduga"

Sdr. Syamsul memulakan Slot 2 dengan tajuk "Teknik Temuduga", khusus buat pelajar Diploma dan Ijazah Udang-Undang UDM. Slot dimulakan pada jam 11.00 pagi sebaik sahaja selesai minum pagi diadakan. Slot ini turut dihadiri oleh Pensyarah-Pensyarah UDM seperti Miss Kamalia, En. Amirudin dan En. Naziri.
.
Slot ini diadakan sebagai bimbingan terhadap pelajar agar dapat lebih bersedia di dalam menghadapi sesi temuduga di masa hadapan.
.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua. Di akhir nanti turut disiarkan komen-komen peserta yang terdiri daripada pelajar Fakulti Undang-Undang UDM yang menyuarakan pandangan peribadi mereka terhadap program ini di dalam kertas soal selidik yang diedarkan.
.
Memulakan slot dengan bertenaga
Teknik penyampaian bersahaja seperti biasa
Menarik minat peserta yang datang pada hari cuti ini
Peserta memberikan penumpuan
Sdr. Syamsul bergerak ke serata dewan bagi menerangkan setiap tips-tips penting
Peserta hadir bagi mendapatkan tips yang sangat berguna ini
Pelbagai gaya ditunjukkan
Pelbagai persoalan ditimbulkan
Namun jawapan yang lebih dinantikan Pandangan turut diraih daripada peserta
Mana yang sempat, dikongsi pandangan
Aksi yang bersahaja dan 'hidup' menyegarkan sesi penerangan
Perhatian penuh diberi kepada penceramah
Sdr. Borhan, selaku Presiden duduk tenang di belakang dewan
Sesi masih berjalan dengan jayanya
Miss Kamalia menyampaikan cenderahati tanda kenangan
Gambar dirakamkan
.
------------------------------------------------------
.
SESI BERGAMBAR
.




.
Disediakan oleh : EDITOR
.
----------------------------------------------------------
.
KOMEN PARA PESERTA
.
1. Sangat membina dan mencetuskan perkembangan minda kerana unsur penceritaan dan persembahan sangatlah menarik perhatian. Haruslah dilakukan pada waktu yang lebih sesuai kerana hari Jumaat merupakan waktu untuk melakukan solat Jumaat.
.
2. Better kalau ada sijil
.
3. Program best, penceramah best, sediakan sijil
.
4. Program best coz penceramah best. Sediakan sijil ye...
.
5. Program yang bagus. Harap diteruskan. Keep it up!
.
6. Satu program yang sangat-sangat baik dan harap dapat diteruskan pada masa akan datang. Harap dapat sediakan hand-out/notes/material yang dapat membantu
.
7. Penceramah yang sangat-sangat menarik dan kelakar. Kalau ada program macam ni dengan penceramah yang sangat interesting macam En. Syamsul mesti lagi best! 2 Thumbs Up! Bagus dan tahniah!!
.
8. Penceramah yang sangat menghiburkan. Program macam ni sangat sesuai untuk student final year. Tapi program ni seolah-olah focus pada student Diploma final year.
.
9. Pendedahan yang bagus daripada penceramah. Tahniah!!
.
10. Baik dan perlu diteruskan lagi.
.
11. Program yang membina...Dapat menarik minat...mempunyai unsur humor...mendedahkan mahasiswa kepada cabaran di luar kampus...persediaan melangkah ke alam pekerjaan dari segi mental dan fizikal...membuatkan mahasiswa lebih berfikiran positif...dan meningkatkan keyakinan diri. Cadangan : Dapat menganjurkan lagi program seperti ini dan menjemput penceramah yang mampu memikat hati pendengar.
.
12. Moga program ini diteruskan pada masa hadapan!
.
13. Program yang amat bagus untuk diikuti oleh semua penuntut. Seharusnya diwajibkan khususnya kepada pelajar tahun akhir. Perlu hari yang lebih sesuai. Masa singkat untuk ceramah yang menarik.
.
14. Kongrat2.. Amat membantu.
.
15. Program yang sangat bagus. Penceramah yang sangat menghiburkan. Masa & hari yang kurang sesuai. Panjangkan masa dengan penceramah yang sama. Tahniah! Penganjuran yang hebat!
.
16. Program amat bagus dan bermanfaat kepada pelajar. Banyak mendedahkan pelajar kepada info2, teknik2 dan tips2 berkaitan pengucapan awam dan menghadiri temuduga. Penceramah amat berkebolehan dan berpengalaman. Ceramah berjaya disampaikan dengan cara yang amat menarik dan berkesan.
.
17. Penceramah yang mampu memberi ceramah yang baik dan 'catch audience'. Respon yang baik dari para pelajar yang menjayakan / menyertai program. Kandungan ceramah / topik yang sangat relevan dengan persediaan pelajar di masa hadapan. Cadangan : Mohon panjangkan konsep program yang sama untuk fokus yang berlainan- contohnya : study skills, answering technique, character / personality development.
.
18. Program ini amat baik dan perlu diadakan selalu sebagai satu persediaan dan pendedahan pelajar kepada teknik pengucapan awam dan temuduga
.
19. Ceramah menatik dan tidak boring. Pilih waktu yang sesuai, taknak ganggu cuti hujung minggu.
.
20. Waktu program dijalankan tidak sesuai kerana terlalu awal. Program sebegini sesuai dijalankan pada waktu malam. Penceramah jemputan bez, lawak giler!
.
21. Penceramah ok... Tak boring. Ok jerr...Cari waktu dan hari yang sesuai untuk mengadakan program ini Kalau boleh jangan ganggu hari cuti tambah-tambah lagi hari Jumaat, coz hari Jumaat jew boleh rehat sepenuhnya.
.
22. Pengisian untuk bengkel ini sangat menarik dan memberi semangat untuk teruskan perjuangan bagi meneruskan pelajaran dan memberi overview untuk menghadapi temuduga.
.
23. Saya mencadangkan supaya program ini menerapkan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Penyampaian maklumat begitu menarik. Pelajar-pelajar tidak bosan mendengar. Alhamdulillah, terima kasih.
.
24. Cemerlang. Cadangan saya agar dijemput lagi untuk program yang akan datang.
.
25. Gemuruh, adalah salah satu perkara yang paling penting untuk diatasi dan sering berlaku di kalangan pelajar. Saya berharap Tuan memberi bimbingan atau teknik untuk mengatasinya.
.
26. Program sangat memuaskan. Peceramah boleh masuk RAJA LAWAK 4!!!
.
27. Best...Boleh jemput lagi next time.
.
28. Program ini MENARIK dan memberi maklumat yang manfaat.
.
29. Memberi keyakinan diri untuk berucap di hadapan masyarakat. Mengetahui teknik-teknik temuduga. Mengetahui cara-cara untuk berucap. Program ini banyak memberi keyakinan diri dan teknik-teknik menghadapi temuduga.
.
30. Ceramah yang amat menyeronokkan kerana penceramah yang menghubungkan apa yang diceramahkan dengan jiwa remaja. Sebaiknya jika ada sebarang aktiviti dan ceramah, eloklah jika En. Syamsul Amri dijemput hadir lagi.
.
31. Ok. Best sangat. Harap dapat jemput En. Syamsul lagi.
.
32. Perbanyakkan program sebegini. Dapat meningkatkan semangat untuk belajar.
.
33. Program ini sangat bagus! Menaikkan semangat pelajar diploma untuk meneruskan dalam bidang degree in law dan mendedahkan tentang temuduga kepada pelajar-pelajar yang bakal dihadapi selepas tamat pengajian. Tahniah diucapkan kepada En. Syamsul Amri kerana berjaya menjayakan program ini.
.
34. Ok
.
35. Sangat-sangat bagus untuk mereka yang akan atau bakal menamatkan pengajian diploma dan ijazah sarjana muda untuk membekalkan mereka informasi tentang di mana dan apa harus mereka lakukan, di masa hadapan. Penceramah yang terlibat juga serasi dengan peserta dan situasi atau kandungan yang ingin disampaikan. Saya sebagai salah seorang peserta program ini merasakan bahawa tiada ruginya untuk bangun awal pagi untuk program menarik seperti ini. Saya berharap pihak berkenaan berterusan menganjurkan program sebegini dan all the best 4 you. Masa mungkin boleh diperbaiki lagi di masa hadapan agar tidak terlalu awal bagi menggalakkan lebih ramai pelajar atau peserta menghadiri program seperti ini. Sekian.
.
36. Ok. Bez. Tak boring!
.
37. Bagus. Buat lagi, penceramah best!
.
38. Sangat menarik. Penceramah berinteraksi dengan pelajar. Penceramah berpengetahuan yang mendalam dalam penyampaiannya. Menguasai dewan dengan berkesan. Harap dapat mengadakan program seumpama ini lagi di masa akan datang dengan penceramah yang sama!
.
39. Baik dan semoga dijadikan program ini untuk setiap semester bagi mendedahkan pada setiap pelajar untuk pelbagai teknik.
.
40. Penceramah berpengetahuan dan menarik minat setiap peserta. Jemput lagi penceramah yang sama lain kali untuk program-program lain.
.
41. Sangat menarik, memuaskan hati setiap pelajar. Cara penyampaian sangat efisyen. Program ini banyak memberi manfaat kepada semua pelajar. Harap program seumpama ini boleh diadakan lagi untuk masa akan datang. Penceramah pandai menyampaikan ceramah dalam menarik minat pelajar untuk mendengar.
.
42. Program ini sangat bagus dan mempunyai banyak info yang boleh saya perolehi. Diharap pada masa akan datang, akan ada lagi program seperti ini.
.
43. Program ini sangat bagus bagi menambahkan self-confidence pada setiap pelajar. Penceramah pun sangat best. Tak membosankan. Banyak pengetahuan boleh diambil di program ini. Program macam ni sepatutnya diadakan lagi dan bagus dianjurkan setiap kali masuk sesi baru setiap semester supaya pelajar-pelajar boleh belajar cara nak hilangkan nervous bila bercakap di depan.
.
44. Dari segi pengisian sangat memuaskan. Dari segi penyediaan makanan, sekiranya boleh, sertakan sudu dan garfu. Dari sudut teknikal, juruteknik perlu sentiasa bersedia menghadapi gangguan-gangguan teknikal yang mungkin berlaku untuk memastikan kelancaran majlis. Dari aspek publisiti, program ini perlu diwar-warkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal bagi memastikan semua pelajar hadir. Secara keseluruhannya, program ini banyak memberikan pengetahuan kepada para pelajar di samping cara penyampaian maklumat oleh penceramah yang sangat menghiburkan. Two Thumbs Up!!!
.
45. Memberi pendedahan dan gambaran tentang teknik temuduga. Persediaan dari keyakinan dan fikiran dapat disediakan awal. Enjoy. Tak mengantuk dan dapat banyak input yang menarik. Berharap akan ada program lain dan menjemput penceramah yang sama.
.
46. Kenapa penceramah seolah-olah merasakan semua pelajar adalah diploma law? Tak beritahu ke ada yang degree?
.
47. Bagus. Best. Libatkan pelajar dengan aktiviti.
.
48. Program yang menarik dan penceramah yang benar-benar bagus dan berpengalaman serta perlu diadakan dengan lebih kerap.
.
49. GOOD. Keep it up! Thanks.
.
50. Boleh dijalankan lagi. Mempunyai pengisian yang menarik. Penceramah juga menarik.
.
51. Sangat mengisi dan punyai pengisian yang baik. Adakan lagi di lain masa. Jemput lebih dari seorang penceramah.
.
52. Ok dan sangat bagus untuk memantapkan skill untuk berucap di hadapan orang ramai kelak. Tips-tips untuk menghadapi temuduga juga sangat bagus dan berguna untuk saya.
.
53. Excellent!
.
54. Betulkan mikrofon sebelum program mula.
.
55. Buat @ demo secara teknikal. Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Pilih hari yang lebih sesuai.
.
56. Ok.:)
.
57. Amat menyeronokkan dan menarik.
.
58. Memberi banyak pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar tentang pengucapan awam dan temuduga. Program yang menarik dan bermanfaat!
.
59. Program ini sangat bagus dan menarik. Banyak input yang kita dapat daripada program ini. Harap lepas nie ada lagi program camni.
.
60. Tingkatkan kualiti makanan. Penambahbaikan dari segi pemberitahuan / iklan setiap program yang dijalankan. Penceramah sangat best!!
.
61. Program seperti ini sangat menarik. Kalau boleh setiap sem lagi ok...
.
62. Sangat menarik... la la la
.
63. Program ini sangat bagus! Program seperti ini harus dijalankan lagi pada masa hadapan. Di samping itu, program ini memberi informasi yang sangat berguna, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan temuduga.
.
64. Program yang menarik. Penceramah berjaya menarik minat audience. Input-input yang diberikan amat berguna. Program seperti ini wajar diteruskan. Lokasi program kurang sesuai. Kalau boleh buat di Dewan Kuliah Utama supaya mudah audience tengok sebarang demonstrasi yang dibuat oleh penceramah.
.
65. Bermanfaat, sangat best.
.
66. Program ini agak memberangsangkan dan memberi kebaikan.
.
67. Program ini sangat menarik dan sangat bagus kerana bagi saya, banyak ilmu yang diperoleh melalui program ini. Program ini juga dapat menarik perhatian saya kerana tidak membosankan dan menceriakan di samping dapat input yang banyak. Cadangan saya supaya program ini dapat diadakan lagi kerana pada pandangan saya boleh dikatakan semua pelajar enjoy dengan program pada pagi ini.
.
68. Penyampaian yang menarik, tidak membosankan dan berjaya mencuri perhatian. Dari sudut masa, adalah memuaskan kerana bermula seperti dirancang. Tempoh masa ceramah adalah baik.
.
69. Fun, interesting. This program should be done earlier. Help all the Diploma students and also Degree students.
.
70. Tidak membosankan, sangat menarik dan berinformasi.
.
71. Seronok kerana ada lawak jenaka tapi ada terselit fakta-fakta yang penting berkenaan tajuk yang disampaikan. Memberi semangat kepada pelajar. Memberi tips yang berguna untuk menghadapi masa akan datang. Tips temuduga dan berani berucap. Kalau ada kesempatan dan masa yang sesuai boleh dianjurkan sekali lagi dengan penceramah yang sama dan tajuk yang lebih menarik.
.
72. Program yang sangat memuaskan. Input yang sangat berguna.
.
73. Alhamdulillah... program sangat menarik. Harap kalau ada program seperti ini, pihak fakulti dapat mengundang cik Syamsul lagi.
.
74. Alhamdulillah. Program yang tidak membosankan dan penuh dengan maklumat-maklumat yang menarik. So far so good. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dilain masa.
.
75. Ok la. Tak bosan. Tips untuk temuduga bagus. Lagi bagus, ceramah baik macam ni dibuat dalam tempat yang selesa sikit. Contohnya dalam dewan besar.
.
76. Menarik dan menghiburkan. Input-input yang terdapat dalam program ini insya Allah berkesan. Teruskan mengadakan program sebegini.
Program ini memang MENARIK.
.
77. Terbaik. Tak bosan. Enjoy. Mesej sampai. Kalau boleh buat time yang sesuai. If ari Jumaat masa limited coz ada Solat Jumaat. Nice program. Teruskan program yang menyeronokkan.
.
78. Ceramah yang disampaikan amatlah menarik dan bagus. Penceramah sangat berpengalaman dan bijak menarik perhatian penonton. Banyak pengetahuan dalam pelbagai bidang. Harap dapat mengadakan ceramah sebegini lagi di masa akan datang. Saya mencadangkan agar pihak fakulti dapat menjemput En. Syamsul Amri ini lagi.
.
(p/s : Daripada lebih 100 peserta, hanya 78 borang soal selidik yang dikembalikan. Harap maklum!)