Selasa, 26 Januari 2010

Ceramah Sempena Hari (Q) Kualiti & Inovasi MARA

Pada 25 Januari 2010 telah berlangsungnya satu program sambutan Hari Kualiti & Inovasi MARA anjuran Bahagian Pendidikan Latihan dan Kemahiran (BPLK) MARA yang telah berlangsung di Anjung Korporat, Tingkat 24, Bangunan MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Di dalam program ini Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail daripada Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "BPLK Berinovasi 1 MARA Berkualiti". Turut hadir ke program ini adalah Pengerusi Eksekutif IOC, Puan Habibah Rais.
.
Program ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan persembahan koir daripada kakitangan BPLK yang menyampaikan lagu "Negaraku" dan juga lagu "Kualiti Teras Kejayaan".
.
Kemudian program diteruskan dengan ceramah Sdr. Syamsul yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari. Ceramah beliau nyata menarik perhatian di mana dewan anjung korporat kerap kali digamatkan dengan penerimaan yang cukup baik oleh para pendengar yang hadir mendengar ceramah beliau.
.
Sebaik tamat ceramah, majlis disambung dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj Rahim bin Hashim, Pengarah BPLK MARA. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tn. Hj Ibrahim bin Ahmad, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan MARA.
.
Sebaik sahaja selesai ucapan perasmian, Tuan Hj Ibrahim dan Tn Hj Abd Rahim telah memperkenan untuk menyampaikan cenderahati kepada semua kakitangan terlibat yang menerima anugerah berikut:
.
1. Anugerah staf yang tiada cuti sakit sepanjang 2009
2. Anugerah Staf yang tiada rakaman merah pada kad perakam waktu tahun 2009
3. Anugerah Staf yang memperolehi penilaian laporan prestasi (LPP) 85% ke atas bagi tahun 2008
4. Penghargaan Staf yang genap berkhidmat 25 tahun di MARA
5. Unit Terbaik Anugerah Kualiti Khas Pengarah BPL(K) - Piala Pusingan
.
Tn. Hj. Ibrahim juga telah menyampaikan cenderahati kepada Sdr. Syamsul sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak BPL(K).
.
Antara lain di dalam ceramah Sdr.Syamsul telah mengingatkan kepada semua kekitangan agar sentiasa mencari idea serta kaedah bagi mewujudkan persekitaran baru di tempat kerja dengan cara berinovasi. Kata beliau, "Di dalam abad ini kita perlu menjadikan diri kita mampu bersaing di dalam era yang serba mencabar ini. Soalan yang sewajarnya ditanya bukanlah "Bagaimana untuk menjadi relevan?" Tetapi soalan yang yang sebenarnya adalah "Bagaimanakah caranya untuk kekal relevan?" kerana dengan itu kita mampu kekal menjadi organisasi yang cemerlang hingga ke masa akan datang. Dan jawapan yang paling tepat adalah INOVASI."
.
Walaupun ceramah berlangsung 2 jam lebih namun para peserta langsung tidak menunjukkan tanda kebosanan, malahan mengakui tidak pernah mendengar ceramah yang sedemikian keratif yang datangnya daripada seorang yang masih muda. Apa pun, IOC mengucapkan tahniah kepada Sdr. Syamsul yang sememangnya sudah tidak asing lagi kini di dalam arena pengucapan awam ini, dan kepada BPL(K) MARA, kami dari ruangan EDITOR mengucapkan selamat maju jaya kepada anda.
.
Sebaik sahaja tiba Sdr. Syamsul dan crew dijemput bersarapan pagi
Ada sesuatu yang meriangkan hati Pengerusi Eksekutif IOC ketika berbincang sambil bersarapan
Sdr. Syamsul duduk di hadapan dewan bersama dengan Tn Hj Abd Rahim dan Penolong Pengarah BPL(K) MARA
Terpapar tajuk ceramah "BPL(K) Berinovasi MARA Berkualiti"
Pengerusi Majlis memulakan acara
Tn Hj Mohd Hai membacakan doa pembukaan
Sdr. Syamsul mengambil tempat memulakan ceramah
Suasana peserta mendengar ceramah


Pendengar mula tersenyum dengan usikan dan penyampaian Sdr. Syamsul

Pendengar mula ketawa
Pengerusi Eksekutif IOC duduk di barisan hadapan
Pendengar mula ketawa tanpa henti
Pengerusi Eksekutif IOC turut sama ketawa mendengar ceramah yang disampaikan
Teruk betul ketawa. Gamat dewan Anjung Korporat
Ada juga yang membuat catatan dengan isikandungan ceramah yang disampaikan
Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan
Ada juga beberapa perkara baru yang dikongsikan untuk perhatian semua
Pelbagai gaya dan reaksi yang ditunjukkan dalam sesi ceramah
Aad yang sampai tersandar bila ketawa
Lihatlah reaksi mereka yang ketawa
Aad juga yang sampai tertunduk sakit perut menahan ketawa
Sekali sekala pendengar dilihat memberikan perhatian serius
Sdr. Syamsul di hadapan tanpa menunjukkan tanda keletihan walaupun ceramah sudah masuk jam yang kedua
Lagi hamburan ketawa dengan kisah yang disampaikan oleh Sdr. Syamsul
Kakitangan lelaki turut sama menghangatkan suasana dewan dengan gelak ketawa
Yang lain tetap melayan teknik ketawa masing-masing
Ada saja cerita yang ingin dikaitkan dengan isi-isi ceramah
Ketawa lagi
Sampai keluar air mata ketawa!!!
Pengerusi Eksekutif IOC turut sama memerhatikan reaksi serta respon para pendengar
Tn. Hj. Abd Rahim turut sama ketawa mendengar ceramah yang disampaikan Sdr. Syamsul memperjelaskan kepada semua sambil melangkah meninggalkan rostrum
Sebaik tamat ceramah Sdr. Syamsul kembali duduk di kerusi VVIP di hadapan dewan
Tuan Hj Abd Rahim, Pengarah BPL(K) menyampaikan ucapan alu-aluan
Tn Hj Ibrahim Ahmad yang baru tibaTn. Hj. Ibrahim bin Ahmad menyampaikan ucapan perasmian
Penyampaian cenderahati
Puan Hartini yang bertanggungjawab menjemput penceramah turut menerima cenderahati


Saudara Syamsul Amri menerima cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada Tn Hj Abd Rahim
Sesi makan tengahari
Lauk yang dihidangkan cukup menyelerakan
Meriah juga makan kat sini
.
Ini merupakan kali kedua IOC dipanggil berceramah di sini setelah Sdr Syamsul berceramah di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA (BPPM) pada 11 Disember 2009. Semoga bertemu lagi di lain masa lain ketika.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

4 ulasan:

Awanama berkata...

Assalamualaikum,

Syabas dan tahniah buat EDITOR yang akhirnya akur dengan kehendak pengikut. Nasihat dan pesanan agar ia tidak berulang lagi.

Ikhlas oleh : TEngKuJUhh!!

Nazif berkata...

Maaf x dapat hadir bersama kerana berada di IKM Beseri Perlis , mewakili unit kurikulum BPL(K)untuk program kerjasama IKM-Perodua....

Awanama berkata...

Boleh tak kalau nak panggil datang ceramah kat IPK Melaka? Nanti kalau saya call nombor jangan tak angkat lakk...

TOOF TURF

Unknown berkata...

nampak menarik sekali ceramah dr saudara syamsul ni..bgmana sy boleh mnghubungi beliau utk sesi yg sama di jabatan sy? pohon email ke nurhayati@kada.gov.my