Isnin, 25 Januari 2010
Lawatan IOC Ke Mahkamah
Pada 8 Januari 2010, satu lawatan telah diaturkan oleh 'crew' IOC bagi melawat perkembangan kakitangan yang telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh IOC pada bulan Disember yang lalu. Ketibaan Sdr. Syamsul, Sdr. Kamarul, Sdr. Halim dan Sdr. Yusof telah disambut oleh Cik Nordiana di Istana Keadilan (Palace of Justice) di Putrajaya. Di sana, crew IOC telah dibawa melawat Puan Norhaniah iaitu orang kuat PUSPANITA di Mahkamah Persekutuan.
.
Kesempatan ini telah diambil oleh Sdr. Syamsul untuk menyampaikan satu surat penghargaan sebagai tanda apresiasi daripada IOC kepada PUSPANITA yang telah sudi bekerjasama dengan IOC bagi menganjurkan program ini. Di sana crew IOC sempat berjumpa dengan Irwanda, Izan, Karsinah dan beberapa orang lagi yang turut menyertai kursus di Klebang pada bulan lepas. Crew IOC juga telah berkesempatan bertemu dengan Pendaftar Mahkamah Persekutuan iaitu Tuan Abu Bakar.
.
Sebaik sahaja selesai, berita kehadiran crew IOC ini telah tersebar luas hinggalah ke pengetahuan kakitangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang turut serta di dalam kursus yang lepas. Maka, satu lagi lawatan telah diaturkan pada 14 Januari 2010.
.
Pertemuan yang dihiasi dengan CCTV ini telah berlangsung di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta. Pertemuan yang berlangsung walaupun dalam 1 jam sahaja tetap meriah.
.
Bersama-sama dengan ini dikongsikan bersama beberapa gambar yang sempat dirakamkan.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan