Jumaat, 29 Januari 2010
Seminar di UDM : "Pengucapan Awam"
29 Januari 2010, Kuala Terengganu - Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, telah dijemput untuk menyampaikan seminar bertempat di Universiti Darul Iman (UDM), di Kuala Terengganu. Beliau diminta menyampaikan ceramah berkaitan teknik "Pengucapan Awam" dan "Teknik Temuduga" khusus untuk para pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di sana. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC).
.
Saudara Syamsul memulakan ceramah seawal jam 8.30 pagi dengan tajuk "Pengucapan Awam". Ceramah beliau berhenti rehat seketika pada jam 10.30 pagi untuk minum pagi dan bersambung semula pada jam 11.00 pagi dengan tajuk seterusnya iaitu "Teknik Temuduga". Ceramah beliau berakhir tepat jam 1.00 petang.
.
Saudara Borhan, ketika di dalam ucapan alu-aluannya berkata; "Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada En. Syamsul yang telah sudi meluangkan masa bersama pelajar di sini walaupun dibebani komitmen yang besar dengan tugas hakiki beliau sebagai Pengarah Undang-Undang. Adalah diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan setiap ilmu dan panduan yang dicurahkan oleh En. Syamsul di dalam slot ceramah pada hari ini".
.
Suasana di Dewan ceramah ini, sentiasa hangat dengan kisah dan huraian yang menarik oleh Sdr. Syamsul yang cukup keratif di dalam teknik penyampaiannya. Adalah didoakan kepada semua peserta agar selamat maju jaya di dalam pelajaran serta kerjaya yang bakal ditempuh pada masa akan datang.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan