Rabu, 26 Mei 2010

Ceramah "Pengurusan Konflik Suami Isteri" di ILIM, Bangi

Ceramah "Pengurusan Konflik Suami Isteri"
26 Mei 2010
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi
.
.
Sekali lagi Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Eksekutif Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di ILIM Bangi. Ceramah yang bertajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri" ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ceramah ini telah berlangsung dengan ceria walaupun dalam keadaan Saudara Syamsul yang demam dan selesema semenjak pulang daripada berceramah di Cameron Highlands pada 21 Mei 2010 yang lalu.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.
.
Suasana ceria bermula sejak dari awal sesi ceramah lagi
Ada sahaja cerita yang mencuit hati yang dibangkitkan
Ada yang kelihatannya mencatat setiap input yang disampaikan
Suasana ceria yang tidak terhenti...
Saudara Syamsul dengan pendekatan ceramah ala 'santai'
Saudara Halim yang menjaga slide presentation
Tertawa yang tidak dapat digambarkan...
Laaa... sampai menangkup tergelak!!
Haa tu pulak sampai tutup muka pasal nak 'cover' gelak!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Selasa, 25 Mei 2010

Ceramah di Hotel Rossa Passadena Cameron Highlands

Pada 21 Mei 2010, Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di Hotel Rossa Passadena, Cameron Highlands untuk seramai 50 orang peserta yang hadir daripada Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan. Saudara Syamsul yang merupakan Eksekutif Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC) tiba di Cameron Highlands pada 20 Mei 2010 bersama-sama dengan keluarga.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar untuk dikongsi bersama.
. Danish Amri (anak sulung Saudara Syamsul) bergambar di Apartment Dahlia, Cameron Highlands
Ruang dapur penginapan
Suasana di ruang tamu
Bilik tidur kedua
Bilik Tidur ketiga
Bilik air luar
Bilik air bilik tidur utama
Bilik Tidur utama
Danish Amri bergambar di tepi tingkap apartment
Danish dan Dhafir ber'posing' di papantanda Kem Brinchang, Cameron Highlands
Apek, sahabat kepada adik Syamsul yang turut serta ke Cameron
Danish dan Dhafir bergambar di hadapan poster Iron Man di KFC Cameron Highlands
Bergambar lagi di KFC Cameron
Syamsul dan Effandy bergambar bersama Danish dan Dhafir
Suasana ceramah di Hotel Rossa Passadena, Cameron Highlands
Di antara peserta yang hadir daripada Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan
Seminar disampaikan dengan cukup bertenaga oleh Saudara Syamsul
Mendengar dengan tekun dan fokus
Setiap isi diperhalusi dengan contoh-contoh untuk panduan semua hadirin
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Isnin, 10 Mei 2010

Ceramah "Pengucapan Awam" di SMK Seri Ampangan

Program Ceramah
"Pengucapan Awam"
.
anjuran
.
Kelab Koperasi SMK Seri Ampangan
.
8 Mei 2010
.
Bertempat di SMK Seri Ampangan, Seremban
.
.
Satu program berkaitan kemahiran pengucapan awam telah diadakan khas buat pelajar-pelajar SMK Seri Ampangan. Program ini diadakan bagi mempertingkatkan keupayaan serta keyakinan para pelajar di dalam berinteraksi terutamanya di dalam bidang pengucapan awam. Keyakinan yang ingin dilentur ini sangat penting kerana dewasa ini, seringkali dilihat pelajar terdedah di semua peringkat samada peringkat sekolah, universiti mahupun sektor pekerjaan. Mahu tidak mahu setiap pelajar perlu memantapkan diri mereka di dalam kemahiran ini bagi mempertajamkan keupayaan setiap pelajar agar mampu bersaing di dalam dunia yang kian mencabar ini.
.
Bagi tujuan ini, Saudara Syamsul Amri Hj Ismail, Eksekutif Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dijemput mengendalikan kursus ini. Beliau telah berceramah di dalam dua slot iaitu Slot pertama; "Perihal Pengucapan Awam" serta Slot kedua; "Seni Pengucapan Awam". Melalui kedua-dua slot ini, Saudara Syamsul telah menghuraikan betapa pentingnya kemahiran pengucapan awam ini difahami dan dikuasai, terutama di dalam cabaran dunia globalisasi hari ini. Beliau juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengajar setiap pelajar yang hadir berkaitan teknik-teknik yang betul di dalam pengucapan awam supaya para pelajar kelihatan yakin dan matang ketika berucap di khalayak ramai.
.
Ceramah ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
.
Turut hadir di dalam program ini adalah guru-guru SMK Seri Ampangan dan juga Saudara Khairul Affendy Bahari, Eksekutif Pemasaran, Intellectual Orator Consultant (IOC) yang juga merupakan Pengerusi IOC Ampangan.
.
Tahniah diucapkan buat penganjur yang telah berjaya menganjurkan program ini dan bersama dengan ini dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan serta komentar-komentar para pelajar yang telah diberikan sebaik sahaja tamat program.
.











































.
Disediakan oleh : EDITOR
.
Berikut disiarkan beberapa komentar oleh pelajar yang diberikan sebaik sahaja tamat program. Daripada lebih seratus peserta yang hadir hanya 80 set komentar yang berjaya diperolehi daripada peserta. Komentarnya adalah seperti berikut: (Diingatkan bahawa tiada sebarang pindaan dibuat terhadap komentar tersebut. Apa yang ditulis dalam borang komen, itulah juga yang dipindahkan ke ruangan ini. Adalah diingatkan juga bahawa tiada tokok tambah dalam penyiaran komentar ini. Segala kesilapan ejaan dan tatabahasa adalah menurut setiap yang tertera di dalam kertas komentar peserta).
.
======================================
.
1. suatu ceramah yang sangat bagus dan menerujakan. Saya sangat suka akan ceramah yang disampaikan.
2. sumenye best belaka...en.syamsul memang seorang yang berpendidikan tinggi, kelakar tersangat-sangat. Harap en.syamsul dapat datang lagi ke sekolah smk seri ampangan ni tahun depan n tahun2 seterusnya. Banyak knowledge yang kitorang dpt n ceramah ni memang sangat berguna utk kami.. terima kasih - siti zaleha bt ahmad kasdi
3. saya rasa sungguh bertuah kerana dapat hadir pada hari Sabtu, 8/5/2010. Saya mendapat banyak maklumat tentang pengucapan awam. Saya juga rasa sungguh seronok kerana dapat maklumat, informasi dan inovasi daripada Tuan Shamsul Amri B. Ismail. Beliau sanggup berkongsi maklumat dengan di SMKSA. Tidak ada buruk pun tentang program ini malah program ini banyak kebaikan. Saya rasa patut program ini dijalankan setiap tahun supaya pelajar atau generasi yang seterusnya agar mendapat mengatasi ketakutan untuk melakukan pengucapan awam. di depan orang ramai. Sekian Terima Kasih, Tuan Shamsul Amri - Syuib b Shuhaimee, PRS
4. Program yang amat berkesan dalam memupuk keyakinan diri dalam diri para pelajar. Sangat banyak 'INFO' yg boleh diaplikasikan dalam komunikasi seharian. Semoga program seperti ini diadakan lagi di sekolah agar dapat meningkatkan lagi mutu kemahiran para pelajar mahupun seterusnya, melahirkan keyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.
5. Ceramah yang disampaikan amat baik dari segi penyampaian dan fakta yang disampaikan. Ceramah lebih baik dari apa yang telah saya bayangkan. Saya rasa lebih yakin ke atas diri saya. Terima kasih kepada penceramah.
6. Terima kasih kerana sudi datang ke SMK Seri Ampangan untuk menceramah tentang pengucapan awam. Ceramah ini teruja kepada pelajar tntang slot-slot ini. Pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan tentang pengucapan awam. Pemimpin pelajar dapat menyedarkan betapa pentingnya pengucapan awam. Sekali lagi, mengucapkan terima kasih kepada Encik Syamsul. - Muhamad Saifudin bin Suriadee.
7. Sangat menarik dan lucu. Dapat menimba pengetahuan yg baru terhadap pengucapan awam. Harap ada peluang untuk menghadiri sesi ceramah seperti ini.
8. Terima kasih kerana sudi datang. Tahniah kerana dapat membuatkan pelajar teruja dan dapat menimba ilmu dengan cara yang baik / best. Kami juga berterima kasih kerana memberi 'input' yang baik dan juga berkesan. Semoga, kami dapat bercakap dengan baik dan teratur. Terima kasih sekali lagi diucapkan. - Mohd Nur Fakhrul Syakirin b. Hamdan
9. Sangat kelakar, suka buat lawak, memberi pengetahuan yang bagus. - Muhd Al-Zamri b. Muhd Nor Affendi
10. Walaupun ceramah ini penuh dengan gelak ketawa tetapi ia dapat memberikan kami bagaimana ingin mengucap dengan penuh semangat di depan khalayak ramai... Dan ia menyebabkan kami dengan penuh keyakinan and 'the best' - Syafrie Sazreen b. Sazoli
11. Saya berasa sungguh gembira apabila mendengar ceramah yang disampaikan tadi. Penyampaian yang sangat baik disampaikan sebentar tadi - Wan Ahmad Zafri
12. Assalamualaikum, Tuan Syamsul Amri. Penyampaian yang bagus! - Mohd Azlan bin Sari
13. Ceramah ini sangat menghiburkan, tidak membosankan, sangat kelakar. Memberi pengetahuan yg sangat berguna, untuk sepanjang perjalanan karier. Memberi kesan yang baik kepada diri seorang pelajar.
14. Ceramah yang diberikan tidak membosankan dan dapat menarik perhatian pelajar. Input yang diberikan sangat berguna kepada pelajar.
15. Saya sangat berpuashati dengan ceramah ini. Apa yang disampaikan amat jelas dan tepat. Sesi ini amat menyeronokkan. Secara jujur, saya ingin cakap bahawa ini ceramah yang paling menyeronokkan pernah saya hadiri. Saya amat untuk menghadiri ceramah yg disampaikan oleh cikgu. Harap cikgu akan dapat mengadakan banyak lagi ceramah di sekolah ini pada masa akan datang.
16. Bengkel pengucapan awam menarik dan berkesan. Saya dapat mengetahui banyak tentang pengucapan awam.
17. Penceramah yang best. Tak boring. Bermakna.
18. Ceramah ini cukup menyeronokkan dan banyak memberikan maklumat kepada saya. Pensyarah seorang yang comel dan berpengetahuan. Cukup pengalaman untuk berkongsi dengan kita.
19. Satu ceramah yang paling saya suka & gemar. Maklumat yang berguna.
20. Ceramah memang best!!! Dah dua kali jumpe... Memang best!!! Hope dapat jumpe en syamsul amri lagi... Tidak bosan dengar ceramah ini... Tidak lekang dengan cerite lucu en. syamsul...
21. Ceramah yg disampaian oleh en. syamsul sangat baik kerana sedikit sebanyak memberi input-input yang amat berguna yang mampu mengubah potensi diri ke arah yang lebih maju. Di samping itu, ceramah yang disampaikan oleh Encik Syamsul sangat menarik dan tidak membosankan. Secara konklusinya, ceramah yg disampaikan amat berguna bagi saya dan saya akan jadikan ia sebagai panduan dlm hidup saya. - Muhammad Afiq Aizat
22. Bagi saya, ceramah yang disampaikan oleh penceramah sangat menarik dan memberangsangkan. Beliau telah banyak mengajar dan inspirasi kepada saya. Saya amat meminati ceramah beliau kerana kandungan dalam ceramah beliau banyak memberi impak dan input positif.
23. Kursus pengucapan awam ini berjalan dengan lancar. Melalui kursus ini saya mendapat banyak input-input yang penting dan menarik. Saya terhibur dengan cara penyampaian Encik Syamsul. Saya berharap Encik Syamsul dapat memberikan ceramah pada masa akan datang. Saya akan memanfaatkan segala apa yang saya pelajari pada hari ini. Terima kasih atas segalanya.
24. Sangat menyeronokkan, harap dapat datang lagi ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI AMPANGAN. TERIMA KASIH!!!
25. Terima kasih. Sila datang lagi!!! We enjoy the ceramah!
26. Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah ini dan harap datang lagi.
27. Ceramah / Syarahan kemahiran berkomunikasi ini memenuhi segala aspek yang saya perlukan. Saya yakin segala yang disampaikan oleh Tuan Syamsul dapat membantu saya menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan saya kelak. Terima kasih.
28. Bagus. Amat berkesan pengucapan awam yang diadakan pada hari. Tidak membosankan langsung. Harap dapat membuat aktiviti seperti ini kepada pelajar sekolah bagi meningkatkan lagi keyakinan seorang indivisu tersebut. Terima kasih kerana sudi memberi semangat baru kepada pelajar SMK Seri Ampangan.
29. Ceramah yang bagus, senang difahami, tidak bosan dan terhibur. Saya harap, en. syamsul amri akan datang ke sekolah ini untuk memberi ceramah yang mantap dan bagus seperti ini.
30. Ceramah yang menarik dan menghiburkan. Banyak input yang diperoleh. Saya ingin menjadi seperti Encik Syamsul. Selepas mendengar ceramah ini, saya bersemangat untuk berucap di khalayak.
31. Penyampaian yang amat berkesan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk fokus mendengar ceramah yang disampaikan. Diharap dapat mendengar dengan lebih lagi pada masa akan datang. Memang best!!!
32. Ceramah best! Banyak input yang kami dapat. Ceramah tak boring. We've enjoyed it. Kalau boleh datang la lagi. Wat ceramah tentang other topic pulak. Thanks.
33. Assalamualaikum. Ceramah pada hari ini amat menyeronokkan serta banyak maklumat yang dapat saya serta rakan-rakan dapat. Terima kasih atas ceramah yang diberikan pada hari ini. Ianya amat memberi input serta cara untuk yakin untuk memberi ucapan di khalayak ramai. Terima kasih.
34. Bagi saya ceramah pengucapan awam yang dianjurkan sangat seronok. Semoga ceramah ini dilakukan lagi di SMKSA secara terbuka... seperti melibatkan keseluruhan pelajar sekolah. Pengisian yang diberikan sangat padat dan lengkap. - Form 6 SMKSA 2010
35. Isi ceramah padat, mantap dan bernas. Ceramah tidak membosankan, walaupun masa mula-mula telinga tersumbat dengan MP3, tapi saya pilih untuk mendengar ceramah ini dan turn off my MP3. Harap ada lagi ceramah yang lain dari tuan penceramah. Teruskan usaha anda!!
36. Ceramah pada hari ini amat menghiburkan. Saya berharap ceramah sebegini diadakan lagi. Ceramah hari ini amat menghiburkan. Dan saya telah mendapat banyak pengetahuan selepas ceramah ini.
37. Penceramah bez. Ceramah yang seronok. Menghiburkan. kelakar. Tips yang berguna. Penyampaian yang bagus.
38. Ceramah best. Memberi motivasi. Saya menjadi lebih berani dan yakin diri.
39. Maklumat yang sangat baik dan berkesan. Ceramah yang tidak membosankan. Kelakar. Terhibur. Jemputlah datang lagi kat sekolah ni.
40. En. Shamsul the best! Tak bosan dengar ceramah. Tak perasan masa ceramah dah habis. - Syira Form 5 (syirathefunky@gmail.com)
41. En Syamsul, anda merupakan seorang penceramah yang profesional. Ini kali pertama saya tidak berasa bosan semasa mendengar ceramah. Cara En. Syamsul memberi ucapan memang menarik perhatian kami. Semoga anda akan balik ke sekolah kami lagi untuk memberi ucapan. Sekian terima kasih.
42. Thanks for your presentation! It is veru helpful and fun to me! Hope can listen to your speak again. See you!
43. Diminta En Syamsul datang untuk memmberikan ucapan lagi.
44. Penceramah pada hari ini sangat bagus dan banyak memberi manfaat kepada saya. Saya berharap agar En Syamsul akan datang lagi untuk memberi ucapan di sekolah SMKSA ini. Segala nasihat yang En Syamsul berikan kepada saya akan saya jadikan pedoman pada masa akan datang. Terima kasih di atas ceramah En Syamsul.
45. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En Syamsul atas ceramah yang diberikan kepada saya. Ceramah yang menarik dan tidak membosankan membuat saya berminat untuk menumpukan perhatian atas ceramah yang diberi. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih atas manfaat yang En Syamsul berikan kepada saya dan rakan2.
46. En Syamsul sangat baik. Menghiburkan. En Syamsul nak tahu, saya pernah masuk pertandingan syarahan tetapi... akibat saya takut saya lari balik rumah. He he... Apa yang En Syamsul katakan/sampaikan saya akan cuba gunakan. terima kasih. Harap dapat berjumpa lagi. - (hida_anasolehah1991@yahoo.com)
47. Hi En Syamsul. Apa khabar? Saya berasa seronok mendengar ceramah En Syamsul. Saya tidak pernah mendengar ceramah seperti ini. Really very best and interesting to listen your speech.
48. En. Syamsul, apa khabar? Ceramah kali ini cukup bagus. Sudah agak lama kita tak mendengar ceramah sebegini.... Terima kasih!!!
49. Ceramah yang diberi sangat bagus, mantap dan padat. Sangat menarik dan perlu diadakan lagi serta menjemput En Syamsul Amri. Banyak ilmu dan perkara yang penting boleh didapati daripada ceramah ini. Semoga Encik dapat menyampaikan ilmu yang sangat berguna pada insan yang lain lagi, dan pada masa akan datang. Sesungguhnya ilmu pengucapan awam ini sangat berguna untuk semua orang dan pada bila-bila masa serta apa jua situasi.
50. Informasi yang lengkap & berguna. Sesi yang amat berguna.
51. Ceramah yang bagus sangat. Saya tidak pernah jumpa penceramah yang bagus seperti awak. Ceramah ini memberi faedah kepada kita semua.
52. Ceramah yang tidak membosankan, idea yang amat kreatif dan point yang disampaikan berkesan dan dapat difahami. Harap dapat bertemu lagi.
53. Terima kasih atas ceramah yang diberi. Ceramah ini amat bermakna buat saya. Ceramah ini tidak membosankan dan memberikan keyakinan buat saya bercakap di depan orang ramai.
54. Terima kasih atas ucapan dan panduan-panduan yang diberikan kepada kami semua sepanjang ceramah ini berlangsung. Saya dan rakan-rakan tidak kering gusi disebabkan oleh kepetahan tuan. Sekali lagi terima kasih.
55. Terima kasih banyak atas ucapan anda yang lantang dan penuh semangat. Memang best giler!!! Harap datang lagi.
56. Penyampaian yang menarik. Mempunyai penceritaan. Harap dapat mengadakan lebih banyak program selepas ini.
57. Penyampaian yang menarik. Penceritaan yang kelakar. Diharap datang lagi kerana pengucapan paling menarik pernah didengar.
58. Teruskan lagi program sebegini kerana bukan sahaja tidak membosankan tetapi juga penuh dengan maklumat yang berguna. Input yang diberikan bukan sahaja psangat padat tetapi juga ringkas dan mudah difahami. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana telah berjaya memberikan maklumat yang amat penting untuk kejayaan di masa hadapan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.- Dome Arigaku Gozaimasu Sensei
59. Arigato, terima kasih sebab sudi datang ke SMKSA dan bagi tip yang berguna kepada saya dan rakan-rakan... Insya Allah saya akan mempergunakan segala ilmu yang tuan bagi untuk kegunaan diri saya pada masa hadapan, mempertajamkan lagi ilmu yang sedia ada... Harap selepas ini, tuan sudi meluangkan masa datang ke sini pada masa depan untuk memberi motivasi kepada para pelajar pra-u...
60. Penceramah kali ini sungguh seronok. Dan berharap Encik Syamsul datang ke SMKSA untuk memberi lagi ceramah untuk warga SMKSA. Tidak rugi ceramah pada pagi ini!!! - Nur Shuhada bt Abdul Aris
61. Penceramah sangat bagus dan banyak isi penting yang saya dapati. Harap datang ke SMK Seri Ampangan kembali. Sangat seronok. Tak rugi datang...!! - Liyana Rosli
62. Penerangan yang jelas. Dapat memberi kesan positif. Menghiburkan pendengar. Penampilan menarik. Memberi perhatian terhadap topik ceramah. Memberi banyak ilmu dan pengetahuan. Tidak bosan.
63. Ceramah yang sangat menarik yang tidak pernah saya dengar selama ini. Ceramah yang banyak memberi pengetahuan mengenai pengucapan umum. Ceramah yang tidak bosan dan menggembirakan.
64. Ceramah yang dibuat hari ini sangat bagus. Pelbagai info dan tips pengucapan awam yang saya dapat. Ceramah ini juga sangat seronok dan tidak membosankan. - Nuramirah bt Nor Aslan
65. Salam. Ceramah yang dibuat ini sungguh bagus sekali. Saya lebih berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Terima kasih...
66. Ceramah hari ini menarik. Jika berkesempatan, adakan lagi untuk para pelajar.
67. Kursus ini berjalan dengan lancar sekali. Penceramah yang best, cool and funny... Harap datang lagi ke SMK seri Ampangan. Saya telah mendapat pelbagai pengajaran yang sangat berguna dari anda. terima kasih banyak-banyak. - Nur Syafienas bt Mohd Pilus (mineko_min@yahoo.com)
68. Assalamualaikum wbt... Bagi saya ceramah ini sangat bagus. Banyak tips yang saya ambil untuk baiki cara saya berucap di khalayak ramai. Tambahan pula, saya berbesar hati untuk memberi 5 bintang untuk ceramah ini. Lawak yang Encik Syamsul buat sangat membantu bagi meletakkan ceramah ini sebagai satu ceramah yang menarik di samping menuntut ilmu. Good job!
69. Seorang yang kreatif, inovatif. Seorang penceramah yang berkaliber. Sangat bagus. Diharapkan diadakan lagi di lain masa.
70. Ceramah yang sangat bagus! Bermotivasi. Harap dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih.
71. Sangat bagus, tidak membosankan & tidak berasa mengantuk mendengar. Mendapat pengetahuan yang lebih. Berasa terhibur dengan lawak jenaka. Sangat bersemangat...
72. Bagus dan berpengetahuan. Mendapat banyak manfaat. Mendapat banyak tips. Dapat menambahbaik individu. Lawak yang terhibur. Dapat pengalaman / berkomunikasi. Tak mengantuk. BEST! Thank You! Datang lagi bagi ceramah tentang tips-tips yang berguna. - Anis
73. Dapat pengetahuan. Dapat manfaat. Dapat banyak tips. Lawak dan terhibur. Dapat berkomunikasi. Datang lagi beri ceramah.
74. Bagus, memberikan banyak maklumat tentang perdebatan. Program ini memberikan input-input berkomunikasi yang berkesan. Penceramah yang bagus. Semoga program public speaking ini akan diteruskan.
75. Penceramah yang bagus. Ceramah yang bagus. Mendapat banyak maklumat tentang pendebat. Memberikan input yang berguna kepada saya.
76. Memberi banyak pengetahuan tentang cara berkomunikasi dalam apa jua situasi. Penceramah yang bagus. Penceramah yang memberi ceramah dengan banyak contoh realiti. Ceramah ini memberi keyakinan pada diri untuk berkomunikasi dengan berkesan di depan orang ramai.
77. Ternyata ceramah ini telah memberikan impak yang cukup berkesan di samping input-input berguna yang telah Encik Syamsul sampaikan. Harapan saya pada masa hadapan program-program sebegini dapat dianjurkan lagi serta mengenengahkan konsep yang lebih praktikal buat para hadirin.
78. Ceramah penuh informasi yang berguna, lengkap. Ceria & tidak bosan kerana diselitkan dengan cerita-cerita yang menarik dan boleh dijadikan sebagai pedoman. Program ini harus diteruskan kepada para pelajar yang lain.
79. En. Syamsul, anda telah menyampaikan ceramah yang cukup berkesan, input yang menarik, dan saya amat berpuas hati dengan penyampaian anda. Teknik anda akan saya aplikasikan dalam komunikasi seharian dan seterusnya dalam karier saya akan datang. Terima kasih & Wassalam. - Nor Hanim bt Khalil
80. Satu ceramah yang sangat bagus dan menyeronokkan. Sila tambahkan dengan teknik melatih diri. Terima kasih.