Rabu, 26 Mei 2010

Ceramah "Pengurusan Konflik Suami Isteri" di ILIM, Bangi

Ceramah "Pengurusan Konflik Suami Isteri"
26 Mei 2010
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi
.
.
Sekali lagi Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail, Eksekutif Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di ILIM Bangi. Ceramah yang bertajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri" ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Ceramah ini telah berlangsung dengan ceria walaupun dalam keadaan Saudara Syamsul yang demam dan selesema semenjak pulang daripada berceramah di Cameron Highlands pada 21 Mei 2010 yang lalu.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.
.
Suasana ceria bermula sejak dari awal sesi ceramah lagi
Ada sahaja cerita yang mencuit hati yang dibangkitkan
Ada yang kelihatannya mencatat setiap input yang disampaikan
Suasana ceria yang tidak terhenti...
Saudara Syamsul dengan pendekatan ceramah ala 'santai'
Saudara Halim yang menjaga slide presentation
Tertawa yang tidak dapat digambarkan...
Laaa... sampai menangkup tergelak!!
Haa tu pulak sampai tutup muka pasal nak 'cover' gelak!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: