Rabu, 16 Jun 2010

Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Local Agenda 21) 2010


Pertandingan Pidato 1 Malaysia kini menemui semua kembali dengan persaingan dibuka dalam 3 kategori Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin. Penyertaan yang dijangka berlangsung lebih meriah pada tahun ini bakal menentukan siapakah juara bagi edisi pertama yang dahulunya dikenali sebagai Pidato Local Agenda 21.
.
Para peserta dijangka akan mula mendaftar pada 23 Jun 2010 di Hotel Allson Klana Resort, Nilai mulai jam 12.00 tengahari.
.
Berikut disertakan aturcara program untuk dikongsi bersama:
.
23 Jun 2010 (RABU)
.
12.00 tengahari - Pendaftaran Peserta & Check-in di Hotel Allson Klana Resort (AKR), Nilai
3.00 petang - Taklimat pertandingan di Hotel AKR
4.00 petang - Undian tajuk pertandingan
4.30 petang - Minum Petang
5.00 petang - Rehat
6.30 petang - Makan Malam di Restoran Pelangi Petang
8.00 malam - Pertandingan Pidato (Saringan) di Hotel AKR
11.00 malam - Pengumuman 8 Peserta yang layak ke pertandingan akhir
.
24 Jun 2010 (KHAMIS)
.
7.00 pagi - Sarapan Pagi
8.00 pagi - Bertolak ke Dewan Besar Majlis Perbandaran Nilai
8.30 pagi - Ketibaan Dato' Yang DiPertua MPN
8.45 pagi - Pertandingan Akhir dimulakan
10.00 pagi - Ketibaan VVIP
10.15 pagi - Pertandingan bersambung
11.00 pagi - Ucapan Alu-Aluan oleh Dato' Yang DiPertua MPN
11.15 pagi - Ucapan Perasmian penutup oleh VVIP
11.45 pagi - Pengumuman Keputusan Pertandingan
12.00 tengahari - Penyampaian Hadiah
12.30 tengahari - Jamuan
1.00 petang - Bersurai
.
Tajuk-Tajuk Yang Bakal Dipertandingkan
.
1. Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab 1 Malaysia
2. PBT Teraju Utama Keharmonian Alam Sekitar
3. Pemeliharaan Alam Sekitar Lebih Penting
4. Local Agenda 21 Tunjang Kejayaan 1 Malaysia
5. Local Agenda 21 Tidak Akan berjaya Tanpa PBT
6. Pembangunan Mapan Asas Kejayaan 1 Malaysia
7. Penekanan Modal Insan Menjana Alam Sekitar Sejahtera
8. Nilai Murni Yang Dipinggirkan Punca Alam Sekitar Musnah
9. Pembangunan Ekonomi Tetap Maju Tanpa Pemusnahan Alam Sekitar
10. 1 Malaysia : Jawapan Masalah Alam Sekitar

.
(Tajuk-Tajuk akan diundi pada sesi taklimat pertandingan pada 23 Jun 2010 di Hotel AKR)
.
.
Selamat Bertanding!!!!! Selamat Maju Jaya!!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: