Selasa, 28 Disember 2010

Ceramah Hari Kualiti (Q) di KPM Beranang

29 Disember 2010, Beranang: Satu ceramah bersempena Hari Kualiti (Q) telah dilangsungkan di Kolej Pelajaran MARA (KPM) Beranang. Dengan tema "Kualiti Teras Perkhidmatan Cemerlang" program ini telah berlangsung dengan jayanya. Program dimulakan dengan nyanyian lagu MARA dan diikuti dengan bacaan doa.
.
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg Dr Yatim bin Nawai, Pengarah KPM Beranang.
.
Sebaik selesai ucapan alu-aluan, majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk "Kualiti Kerja Menjana Kecemerlangan Insaniah". Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Turut hadir bersama adalah YBhg Ustaz Mad Zan bin Yusof, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPM Beranang.
.
Ceramah Sdr Syamsul benar-benar menarik perhatian serta menggamatkan suasana di dalam Dewan.
.
Sebaik sahaja selesai ceramah, telah berlangsungnya penyampaian anugerah-anugerah kualiti seperti berikut:
.
1. Anugerah Tidak Pernah Mengambil Cuti Sakit (MC) sepanjang tahun 2010
2. Anugerah Tidak Pernah Keluar Daripada KPM Bagi Urusan Bukan Rasmi
3. Anugerah Kad Perakam Waktu Kehadiran Tidak Pernah Merah (Tidak Pernah Lewat)
4. Anugerah Paling Kurang Tuntutan Takaful Perubatan
5. Anugerah Kecemerlangan SKT (90 markah dan ke atas)
6. Anugerah Anggota Kerja Terbaik Bulanan Sepanjang Tahun 2010
7. Anugerah Inovasi Pengarah; serta
8. Anugerah Penghargaan Perkhidmatan Selama 25 Tahun
.
Tahniah kepada KPM di atas penganjuran program ini dan semoga semua beroleh manfaat melalui program ini.
.
Sdr Syamsul yang minum bersama Dr Mohd Yatim ketika baru tiba

Perbincangan secara ringkas mengenai topik yang bakal disampaikan
Berbincang sesuatu bersama Ust Mad Zan, Timb Pengarah HEP
Bersama menyanyikan Lagu MARA
Dr Mohd Yatim menyampaikan ucapan alu-aluan

Sdr Syamsul membasahkan tekak sebelum memulakan ceramahnyaPn Azanira membisikkan sesuatu kepada Sdr Syamsul sebelum memulakan ceramah
Memulakan ceramah dengan bersahaja

Sauasana ceria bermula....
Ada sesuatu yang menggelikan hati peserta ini
Suasana di dalam dewan ceramah
Riuh rendah hilai ketawa di dalam dewan
Ada yang menutup muka cuba mengawal perasaan bila ketawa

Aada saja yang mencuit hati

Pelbagai gaya ditonjolkan apabila Sdr Syamsul berkongsi kisah berkaitan isi yang disampaikan




Pn Masuri Mas'od (bertudung hitam di tengah) merupakan sahabat lama Sdr Syamsul ketika menuntut di UiTM dulu, turut sama tidak dapat menahan ketawa



Ustaz Mad Zan juga turut ketawa








Gamat dan riuh dewan di sepanjang ceramah berlangsung




Lihatlah peserta ini ketawa dengan penuh perasaan....... hingga terpaksa mengesat air mata .....


Pelbagai kisah yang mungkin kebetulan benar terjadi di dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka ketawa dengan sesungguhnya....

Ada yang macam menangis ketawa di belakang dewan...


Nampaknya memang dah tak boleh tahan dah nih!!!

Bermulalah acara penyampaian anugerah-anugerah kualiti (Q)











Tuan Pengarah menyampaikan anugerah Inovasi Pengarah

Seterusnya penyampaian anugerah penghargaan perkhidmatan selama 25 tahun
Akhirnya penghargaan buat Penceramah undangan, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail



Majlis ditutup dengan ikrar Kualiti

Suasana ketika Tuan Pengarah dan Sdr Syamsul menikmati jamuan makan tengahari


Sdr Syamsul ketika duduk berbual dengan sahabat lama sebaik sahaja selesai makan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR