.
Ahad, 19 Disember 2010
Seminar "Sayangi Diri Sayangi Keluarga" di MPS
Seminar "Sayangi Diri Sayangi Keluarga"
.
.
Anjuran
Jabatan Hal Ehwal Komuniti
Majlis Perbandaran Seremban
15 Disember 2010
.Satu seminar "Sayangi Diri Sayangi Keluarga" telah diadakan pada 15 Disember 2010, bertempat di Bilik Sungai Ujong di Majlis Perbandaran Seremban. Program ini merupakan salah satu daripada program yang diletakkan di bawah projek Local Agenda 21. Program ini melibatkan 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Seremban.
.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti MPS melalui En Iskandar Ariffin yang merupakan Pengarah bagi Jabatan berkenaan.
.
Di antara penceramah yang telah diundang bagi program ini adalah Ustaz Syahrizan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Program ini telah disempurnakan majlis perasmian penutupnya oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat penganjur di atas insiatif penganjuran program ini dan semoga kesemua peserta beroleh manfaat daripada program yang dianjurkan ini.
..
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan