Selasa, 28 Disember 2010

Ceramah Hari Kualiti (Q) di Bangunan MARA Kuala Lumpur

28 Disember 2010, Kuala Lumpur: Satu program Hari Kualiti (Q) iaitu program tahunan telah sekali lagi diadakan di Bangunan MARA Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA (BPPM). Program tahunan ini diadakan bagi menyampaikan beberapa anugerah untuk kakitangan BPPM.
.
Program ini telah dimulakan dengan ceramah yang bertajuk "Integriti Penjawat Awam". Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ini merupakan kali ketiga Sdr Syamsul dijemput berceramah di sini dan merupakan jemputan kali kedua berceramah oleh pihak BPPM sendiri.
.
Menerusi ceramah ini Sdr Syamsul menghuraikan konsep sebenar integriti serta kepentingannya di dalam Sektor Awam dan kesannya jika nilai, etika dan integriti itu sendiri tidak dijadikan pegangan setiap warga kerja.
.
Sdr Syamsul berceramah mulai jam 8.45 pagi hingga ke jam 10.15 pagi kerana terpaksa bergegas ke Hotel Bayu Beach, Port Dickson pula untuk memenuhi satu lagi undangan ceramah di sana yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
. Sdr Syamsul minum bersama pegawai-pegawai MARA ketika baru sahaja tiba
Tn Hj Mansor bin Putih, Pengarah Kanan Penganjuran Pelajaran MARA mendengar dengan teliti setiap bait perbincangan bersama Sdr SyamsulTempat ceramah adalah di Bahagian Hal Ehwal Korporat
Di sinilah tempat ceramah berlangsungSdr Syamsul memulakan ceramah
Para peserta mendengar dengan ceria ceramah Sdr Syamsul sejak awal lagi
Sekali-sekala para peserta kelihatan fokus

Pelbagai aksi dan gaya bagi menggayakan isikandungan slide
Suasana ketika ceramah berlangsung

Kerap kali para peserta ketawa mendengar kisah yang dikaitkan dengan iskandungan ceramah

Peserta ini sudah tidak dapat menahan air mata ketawa




Ada juga yang merakam ceramah Sdr Syamsul di dalam telefon bimbitnya

Suasana ceria di sepanjang ceramah berlangsung








Sdr Suhaidi yang bertindak selaku Pengerusi Majlis mempersilakan Sdr Syamsul ke hadapan bagi menerima cenderahati tanda kenangan
Sdr Syamsul menerima cenderahati daripada pihak BPPM

Sdr Syamsul bersalaman dengan peserta-peserta sebelum berangkat menuju ke program lain
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: