Khamis, 24 Oktober 2013

Forum Integriti PBT Negeri Sembilan 2013

24 Oktober 2013, Nilai : Satu Program Seminar Integriti Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 2013 telah diadakan bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Nilai. Program ini merupakan program anjuran bersama pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Di antara pengisian yang telah dijalankan adalah program Forum Integriti. Forum Integriti ini menyaksikan En Faizal Rahman (Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan), En Suhaimi Sulaiman (Bahagian Dasar dan Perundangan Jabatan Kerajaan Tempatan) dan YBhg Dato' Hj Wazir bin Hj Muaz (Pengerusi Persatuan Komuniti Desa Kasturi Heights, Nilai) sebagai Ahli-Ahli Panel manakala Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dipilih menjadi Moderator bagi melicinkan perjalanan Forum Integriti ini.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program Forum Integriti ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR