Sabtu, 5 Oktober 2013

Bicara Presiden ADAM : Akhirnya ADAM Berjaya !!!


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Akhirnya masa yang dinanti tiba jua... setelah beberapa tahun menantikan akhirnya Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Saya selaku Presiden berasa sangat bangga dan bertuah malahan juga berterima kasih kepada semua warga ADAM yang sentiasa berada di belakang saya menyokong setiap pendirian serta aktiviti ADAM dalam memartabatkan mutu perdebatan tanahair.

Tatkala 30 September 2013 menyaksikan berlangsungnya majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ADAM dan Politeknik, ia menandakan juga bahawa ADAM kini telah diterima. Berkat kesungguhan ADAM di dalam membantu perkembangan Debat tanahair (meskipun tanpa habuan kepentingan kedudukan mahupun wang ringgit sebagai ganjaran) akhirnya ADAM diiktiraf dengan kepercayaan untuk membangunkan perkembangan Debat dan Pidato di Politeknik seluruh Malaysia.



Insya Allah menerusi perkembangan ini pelbagai inisiatif serta usaha yang bakal dijalankan demi pembangunan Debat di segenap peringkat, baik sekolah, kolej, IPTS, IPTA dan sebagainya. Mudah-mudahan hasrat menjadikan mutu perdebatan semakin baik dari masa ke semasa akan menjadi kenyataan.

Insya Allah.

Sekian dan Wassalam...


Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

5 Oktober 2013

Tiada ulasan: