Isnin, 21 Oktober 2013

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar di Puteri Garden Hotel, Klang

21 Oktober 2013, Klang : Satu Program Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat 50 orang pelajar cemerlang seluruh Malaysia sebagai salah satu daripada persediaan para pelajar cemerlang seluruh Malaysia ini sebelum menghadapi peperiksaan SPM 2013 ini. Program ini merupakan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berlangsung di Hotel Puteri Garden, Klang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Membentuk Budaya Capai Berprestasi Tinggi".

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: