Selasa, 28 Disember 2010
Ceramah "Integriti" Untuk Kakitangan SPRM Negeri Sembilan
28 Disember 2010, Port Dickson: Satu ceramah bertajuk "Integriti Dalam Perkhidmatan Awam" telah diadakan untuk kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan. Ceramah ini merupakan sebahagian daripada seminar "Pengurusan dan Pemantapan Integriti" selama 3 hari dan 2 malam yang dijalankan oleh pihak SPRM Negeri bagi usaha memantapkan ilmu para anggota SPRM.
.
Program ini berlangsung di Hotel Bayu Beach Resort, Port Dickson. Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul yang disebelah paginya berceramah di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA Kuala Lumpur, memulakan ceramahnya pada jam 11.30 pagi hingga ke jam 1.30 petang.
.
Ceramah beliau nyata mendapat sambutan yang baik di kalangan peserta.
.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan