Sabtu, 10 Januari 2009

Bingkisan Dari Kuala Terengganu - P036 - 10/01/2009

10 Disember 2009 (Kuala Terengganu) - Satu lagi ceramah telah diadakan pada malam tadi sebagai satu lagi usaha memancing undi rakyat sebelum tibanya hari pengundian pada 17 Januari nanti. Pada malam tadi, salah satu daripada ceramah yang diaturkan adalah ceramah yang berlangsung di Peti Undi Pulau Rusa di Wakaf Mempelam. Ceramah telah disampaikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Idris Jusoh. Dato Seri Idris menyatakan bahawa PAS terbukti sebagai sebuah Parti yang hanya mampu bercakap sahaja tetapi tidak tahu melaksanakan apa yang telah diperkatakan.

Oleh yang demikian beliau turut mengajak kesemua rakyat di sini agar turut serta di dalam perhimpunan "Masihkah Kau Ingat" yang akan dilangsungkan di Chabang Tiga di mana perhimpunan ini akan menghimpunkan lebih 1,000 orang bekas ahli PAS yang menyertai UMNO serta mereka ini akan meluahkan bagaimana rasa tidak puas hati mereka di sepanjang mereka berada di dalam PAS. "Di dalam perhimpunan ini kita akan mendengar sendiri serta tahu tembelang Parti Pembangkang yang sebenarnya". "Pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan yang mana sama sekali tidak pernah dapat dinafikan oleh Parti pembangkang. Kita telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa, kita juga telah berjaya menyempurnakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa yang akhirnya memberi kemudahan kepada rakyat keseluruhannya."


Dato Seri Idris turut menyatakan betapa Calon BN memiliki kelebihan peribadi yang cukup ketara baik dari segi pengalaman, latarbelakang pendidikan mahupun kapasiti untuk melaksanakan pembangunan di dalam kawasan Parlimen ini.
Kemudiannya ceramah ini telah disambung oleh Saudara Syamsul Amri (Penceramah Penerangan UMNO). Saudara Syamsul menyatakan bahawa perjuangan UMNO di dalam membahagiakan rakyat ini tidak pernah berakhir. Malahan ia sentiasa menjadi agenda utama perjuangan Parti dan Kerajaan bagi memastikan rakyat terus selesa, aman dan makmur di bawah naungan Parti Kerajaan Barisan Nasional. "Saya benar-benar berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan fitnah serta dakyah parti Pembangkang yang seringkali mencari sebab serta kesalahan kerajaan tanpa pernah mempertimbangkan jasa dan sumbangan kerajaan semenjak sekian lama. Mengambilkira sumbangan serta jasa Kerajaan Barisan Nasional, tidak dapat dinafikan bahawa Barisan Nasional adalah jawapan kepada kelangsungan pembangunan di Kuala Terengganu serta seluruh rakyat Malaysia."

Ceramah yang berlangsung mulai jam 9.00 malam ini telah berakhir pada jam 11.00 malam.


Berita oleh - Bilik Gerakan Penerangan UMNO Malaysia.

Tiada ulasan: