Isnin, 28 Disember 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1437 H di Surau Al-Hikmah, Rumah Rakyat Panchor


28 Disember 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul telah diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1437 Hijrah peringkat Surau Al-Hikmah, Rumah Rakyat Panchor. Program ini telah bermula selepas Maghrib hingga ke jam 10.00 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Mensyukuri Nikmat Sebagai Umat Rasulullah SAW".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: