Khamis, 12 Februari 2015

Ceramah Motivasi "Dilema Ombak Rindu" di Markas Staf Stesen, Port Dickson


11 Februari 2015, Port Dickson : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah dianjurkan oleh Markas Staf Stesen, Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Program ini telah diadakan bertempat di Bilik Nayan, Markas Staf Stesen, Port Dickson.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Dilema Ombak Rindu". Pelbagai tips komunikasi serta perhubungan suami isteri dan keluarga telah dikongsikan dengan para peserta.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: